CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 4

[Tempatan] Teka-teki tarikh PRU-15 ganggu pembangunan negara

[Copy link]
Post time 3-6-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA: Teka-teki berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang saban hari hangat dibincangkan hanya akan memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari berkata, sesuatu pilihan raya umum sepatutnya berakhir mengikut penggal yang ditetapkan iaitu selama lima tahun.

Beliau berkata, tindakan membubarkan Dewan Rakyat lebih awal daripada jangka masa sepatutnya dilihat akan mengganggu perancangan dan pembangunan negara.

“Teka-teki PRU-15. Untuk Malaysia melangkah ke hadapan, tarikh pilihan raya umum sepatutnya mengikut penggal iaitu lima tahun. Itu akan menjadikan politik lebih stabil dan perancangan serta pembangunan negara lebih teratur dan terancang.

“Teka-teki pilihan raya menatijahkan ketidakstabilan dan secara langsung memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat,” katanya.

Terdahulu, ketika Konvensyen Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional (BN) Ke-48, Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan berbincang tarikh PRU-15 bersama Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Presiden UMNO itu turut menyatakan perjumpaan antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ‘lima teratas’ bagi menentukan pembubaran Parlimen akan berlaku bila bila masa sahaja.

Kenyataan itu mendapat respons berbeza daripada ahli politik antaranya Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mendakwa, perbuatan itu jelas menunjukkan sikap mementingkan diri kalangan pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan jawatan.

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=154

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Meletakkan tarikh PRU ditangan PM umpama si bacul yg dibenarkan melawan musuh yg terikat didalam gelanggang..letak satu tarikh la genap 5 tahun..

ni boleh pulak kira parti aku kukuh..parti musuh huru hara..jom PRU..

mcm pondan
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 12:54 PM | Show all posts
Rakyat standby je ni utk PRU
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh... ada pembangunan ke? Melingkup adalah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cacing kepanasan tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.181359 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list