View: 1706|Reply: 13
|
[Tempatan]
Memalukan:Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang dan berbahaya.baiki lubang jalan raya segera dan selamatkan rakyat anda
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 7-6-2022 10:06 PM
PETALING JAYA – Tular sejak semalam sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal warga asing mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa dalam membaik pulih jalan raya di negara ini.
Menerusi rakaman berdurasi 49 saat yang dikongsikan pengguna laman Twitter, Eppy Fizul, dapat dilihat individu asing tersebut seperti kurang senang dengan keadaan jalan raya di negara ini kerana terdapat banyak lubang yang boleh membahayakan pengguna.
“Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.
“Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik sedangkan tidak ramai orang datang ke sini,” katanya.
Dia juga turut membandingkan keadaan jalan raya di sebuah negara terpencil yang dikatakan lebih baik berbanding di Malaysia.
“Sementara itu, pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang jalan raya segera dan selamatkan rakyat anda,” jelasnya.
Sehubungan itu, video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya setuju dengan pandangan individu asing berkenaan.
“Memang jalan di Malaysia banyak teruk, punca kemalangan, punca kenderaan pengguna rosak, bila nak selesai isu ini pun tak tahu, menteri dah selalu bertukar, penyelesaian tak ada juga,” komen seorang pengguna.
“Buat malu la orang luar komen keadaan negara kita, jatuhkan anggapan pelancong asing sahaja, malu-malu, harap lepas ini ada tindakan segera baiki jalan mana yang berlubang-lubang itu,” pesan pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sedara Eppy kena faham.. mentality malaysia ni lebih kepada perniagaan. semua nampak benda boleh buat duit. kalau buat jalan macam dekat Peru yang forever lasting.. Nanti, kontraktor nak makan apa? pembekal nak makan apa? Pegawai nak makan apa? Ini semua demi kelangsungan hidup tekak mereka. Semua orang pon nak pakai Vellfire maaah!
Konsep mudah.. bagaimana cina meniaga barang2 murah dan low quality.. contohnya Earbud. ada yang murah ada yang mahal. Earbud murah cepat rosak. tapi pengguna dapat juga merasa pakai earbud tu.. nak tunggu beli earbud apple.. mampu tengok je la teknologi tu. Kalau banyak barang, boleh dapat repeat order..
sama la juga dengan buat jalan ni.. selagi boleh buat repeat order.. lagi masyukkkkkkkkk.. Tahun ni beli vellfire, tahun depan dah boleh pegi buat Umrah.. pastu up dkt IG dengan FB |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 7-6-2022 09:55 PM
Tahun depan beli Hellfire
tahun berikutnya plak...'go to hell' |
|
|
|
|
|
|
|
baru ja tengok kat WhatsApp terkejut juga tiber ja mamat tu petik Malaysia, motif? OZ kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul,.jalan pertiwi ni dah macam Indon. Semakin banyak tempat dah bopeng2 macam muka Manuel Noriega |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab Peru bukan panas lembab hujan cm Malaysia Ler..kt sni ko buat jalan konkrit pin bole berlubang lepas beberapa tahun..abis nk turap jalan pakai emas nanti ko bising gomen membazir |
|
|
|
|
|
|
|
better than your place lah
Jalanraya terbaik di dunia terletak di
1) UAE
2) Singapore
3) Hong Kong
4) Netherlands
5) Japan
6) France
7) Switzerland
8) Austria
13) USA
16) Germany
17) Spain
20) Malaysia
23) Namibia
24) Ecuador
27) United Kingdom
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1033555&extra=&ordertype=1&mobile=2
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/shahidan-pertahan-kenyataan-pengurusan-banjir-di-malaysia-terbaik-di-dunia-350811?amp=1 |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia selalu hujan kot .. lepas tu lori muatan berat segala. |
|
|
|
|
|
|
|
Jalanraya memang ada yang sangat teruk dimalaysia. persoalannya sejauh mana sepatutnya jalanraya itu bertahan dan cycle sepatutnya ianya diperbaiki, terutama jalanraya utama adakah ini dalam pengetahuan menteri? Adakah tindakan jangka panjang untuk mengatasinya atau bila teruk baru nak fikir. aku takut mentaliti menteri kita ini selagi ada alasan munasabah selagi itulah jalan raya tak berubah atau diam2 sehahagian duit masuk poket sehingga jumlah pembaikan jalanraya yang tak sepatutnya. Ianya patut dijelaskan oleh menteri yang bertanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Jln raya kat Phuket pun lg cantik drpd jln Malaysia....teruk betul rasuah kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tengok mentaliti kontraktor, YB kawasan termasuk org2 nya serta juga team teknikal yg sahkan kualiti (QC) ....memang takat itu je lah. Kontraktor nak untung lebih kurangkan pasir sungai...ambik pasir parit, kurangkan simen...sebab apa, kena paw ngan YB, dan org tertentu yg keje kerajaan minum pagi jam 10 tu.
Eh ada yg baik, tak paw kontraktor tp hidup ala kadar la...tak boleh tukar tayar baru tiap tahun..melancong main golf kat Bandung. |
|
|
|
|
|
|
|
aku biasa berdebat dengan orang asing ni pasal isu jalan raya, biasa aku compare dengan negara mereka, kita banyak hujan dan banyak kenderaan, aku suruh dia tengok keliling dia, tempat dia padang pasir, kering, hujan pun susah, kenderaan lalu kampung dia tak banyak lori2 balak pun takder |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore, Hong Kong semua tu sila masuk kategori lain la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|