View: 539|Reply: 1
|
Kerana Celupar, Kuwait Boikot Produk India
[Copy link]
|
|
Sebuah pasar raya di Kuwait mengeluarkan semua produk keluaran India dari raknya sebagai tindak balas terhadap komen menghina Nabi Muhammad (SAW) oleh seorang jurucakap parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang mengundang kemarahan umat Islam.
Menurut akhbar Arab News, pasar raya Al-Ardiya Co-Operative Society mengeluarkan teh yang diimport dari India dan sebilangan produk lain sebagai tanda protes terhadap komen biadab tersebut.
IndianExpress
Pasar raya yang terletak di luar Bandar Raya Kuwait itu mengeluarkan kampit beras, rempah-ratus dan cili dari raknya.
Ia turut mencetak notis yang berbunyi: “Kami telah mengeluarkan (dari rak jualan) produk-produk dari India.”
“Sebagai orang Islam, kami tidak dapat menerima penghinaan yang dilemparkan ke atas Nabi Muhammad,” kata Ketua Pegawai Eksekutif pasar raya tersebut, Nasser Al-Mutairi kepada agensi berita AFP.
Seorang pegawai rangkaian pasar raya itu turut memberitahu bahawa tindakan memboikot produk India di seluruh cawangannya juga sedang dipertimbangkan.
Arab Saudi, Qatar dan beberapa negara Asia Barat lain di samping Universiti Al-Azhar di Mesir mengutuk keras tindakan jurucakap parti diwakili Perdana Menteri India, Narendra Modi itu. Dia kemudian dikenakan tindakan digantung tugas.
Komen celupar Nupur Sharma itu dikeluarkan semasa sesi debat yang disiarkan saluran televisyen tempatan minggu lalu.
BJP menggantung tugas wanita itu Ahad lalu dan menjelaskan bahawa komen tersebut bertentangan dengan ‘kedudukan parti’ selain menegaskan bahawa BJP menghormati semua agama.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Terlebih kari ke aci nih? Padn muka negara kene boikot |
|
|
|
|
|
|
| |
|