|
Baru-baru ini, seorang pengemis di Indonesia yang memiliki wang simpanan sebanyak 460 juta Rupiah (RM149,069) menjadi perhatian selepas dua buah buku simpanan bank miliknya tular.
kredit foto: YouTube
Lelaki bernama Lufti Haryano berusia 47 tahun yang duduk di bandar Gorontolo itu dilaporkan telah mengemis selama 13 tahun selepas dia berpisah dengan isterinya, lapor Kompas.
Difahamkan, selepas gambar buku simpanan menjadi tular, Haryano dipanggil polis untuk memberi keterangan di Balai Polis Lurah Ipilo bandar Gorontolo pada 2 Jun lalu.
Selepas disoal siasat, Haryano mengaku wang simpanan dalam kedua-dua bank itu adalah miliknya.
kredit foto: KompasTV
Bagaimanapun, Haryano berkata, wang itu bukan sepenuhnya hasil mengemis kerana dia pernah berkerja di sebuah kedai makan.
Berikutan itu, Haryano berjanji akan berhenti mengemis dan bakal membuka sebuah warung di tempatnya. - CARI |
|