View: 744|Reply: 3
|
[Tempatan]
PaTUTLAH gelap je...Hujan lebat, ribut petir di Selangor, KL pagi ini
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
Hujan lebat, ribut petir di Selangor, KL pagi ini
PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan sedang melanda beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, antara daerah terlibat di Selangor adalah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Selain itu, hujan lebat serta ribut petir ini turut berlaku di keseluruhan Kuala Lumpur ketika ini.
Tambah kenyataan tersebut, cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 11 pagi nanti.
Sehubungan itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan terlibat sepanjang tempoh yang sama. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... langor-kl-pagi-ini/
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..dijangka hujan turun semula pukul 2 ptg ni sampai esok ...
Harap betulla ramalan kat hp aku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah hujan selepas musim panas berdetang time posa dan raya aritu. Bersih sikit rasa udara yang nak dihirup bila berada diluar rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
2 harini aku ulangalik putaijaya tadi dgn ujannya tapi cepat smpi pastu aku balik sesat tiba2 kt ioimall
|
|
|
|
|
|
|
| |
|