CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 3

[Tempatan] Tanam durian kan selamat...Bekas diplomat, anak dituduh tanam 102 pokok ganja

[Copy link]
Post time 8-6-2022 12:37 PM | Show all posts |Read mode

ZAINAL ABIDIN ALIAS (tiga dari kanan) dan Mohamed Rizal Zainal Abidin (dua dari kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Raub selepas dituduh menanam pokok ganja di di Raub hari ini.

Bekas diplomat, anak dituduh tanam 102 pokok ganja

RAUB – Bekas diplomat Malaysia dan anaknya yang diberkas polis selepas disyaki memiliki ladang ganja didakwa di Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini atas tuduhan menanam sejumlah 102 pokok ganja.

Tertuduh, Zainal Abidin Alias, 78, dan anaknya Mohamed Rizal Zainal Abidin, 53, didakwa di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang enam kali.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Menurut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menanam 102 pokok ganja di Lot 5718 Kampung Sum Sum Hilir Janda Baik di Bentong pada pukul 6.10 petang 21 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Mohammad Khalid Ab. Karim bersama Tuan Hayda Faridzal Abu Hasan dan S. Punitha manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh dan mahkamah menetapkan kes disebut semula 22 Julai depan.-KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... am-102-pokok-ganja/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanam durian boleh gak bagi orang makan.... ni ganja... monyet pun tak nak
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 12:54 PM | Show all posts
hehhe x paham la... kene tangkap sbb tanam ganja.. lagi x ngaku bersalah... bukan pokok tu bole idup sendiri.. ke ade org guna tanah dia tanam mende ni? ehh ni tred ke 2  dah mod...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 01:06 PM | Show all posts
bak kata puak bani tenang kat pesbuk:
hisap ganja xkacau orang
tu kan tumbuhan ciptaan dr tuhan
tu kan ubat
kalau melayu cepat je
pemandu mabuk apa cerita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.405973 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list