|
Tindakan seorang gadis di Indonesia yang dikenali sebagai CS, 16, yang hanya berkurung di rumah membuatkan ibunya curiga.
Akhirnya segalanya terbongkar sebenarnya dia menjadi mangsa rogol 10 lelaki durjana.
Tribun News melaporkan, gadis muda ini dikatakan sering muram dan hanya berkurung di dalam biliknya selepas sesi persekolahan dalam talian tamat.
Gambar Hiasan
Ibu mangsa mendapati anaknya menangis namun tidak menjawab apabila ditanya.
Dia kemudianya bertindak memeriksa telefon bimbit anaknya secara sembunyi dan membaca mesej ugutan yang diterima oleh anaknya.
CS akhirnya tampil menceritakan perkara sebenar dan kesemua suspek adalah jiran tetangga mereka sendiri.
Ibu mangsa bertindak membuat laporan polis dan kesemua suspek telah pun ditahan. Suspek yang ditahan adalah DH (19), APDH (20), BAS (20), RDAM (17), LMS (15), EGFTN (16), MRH (16), ASS (17), JS (16) dan JAH ( 17).
Tujuh daripada 10 suspek masih di bawah umur dan ketika disoal siasat suspek mengaku telah melakukan perbuatan keji terhadap mangsa.
Sumber polis menyatakan, mangsa dan teman lelakinya, MRH mula melakukan hubungan seks secara sukarela pada April 2022 sebelum pemuda berkenaan bertindak merakam aksi mereka.
Bagaimanapun, video berkenaan tersebar kepada BAS yang bertindak mengugut mangsa untuk menyebarkan video tidak senonoh tersebut kepada orang ramai.
Takut dengan ugutan tersebut, mangsa akhirnya akur dengan hajat BAS untuk berjumpa pada satu malam sebelum bertindak melakukan hubungan seks. Keesokan harinya, suspek-suspek lain iaitu APDH, RDAM, EGFTN, LMS, ASS dan DH turut mengugut gadis itu sebelum melakukan hubungan seks.
Jika sabit kesalahan kesemua suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan rupa-rupanya mangsa menjadi mangsa rogol 10 lelaki yang merupakan jirannya sendiri. -CARI
Sumber: Tribun News |
|