CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 700|Reply: 2

Mak Bergaduh, Anak 10 Tahun Yang Membunuh

[Copy link]
Post time 9-6-2022 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Washington: Seorang kanak-kanak perempuan dari Florida berusia 10 tahun ditahan selepas dia mengambil pistol dari beg galas ibunya dan menembak mati seorang wanita ketika pertengkaran antara dua wanita berkenaan.


Jabatan Polis Orlando menahan kanak-kanak perempuan yang tidak dikenali itu dan meletakkannya di pusat tahanan juvana pada Selasa, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.


Dia masih belum didakwa, manakala ibunya ditahan dan didakwa atas pelbagai kesalahan.




Gambar Hiasan




Peguam Negara Monique Worrell yang mendakwa kes di Orange County dalam satu kenyataan berkata, pejabatnya sedang menyemak kes itu dan akan mempertimbangkan umur kanak-kanak dan keadaan sekeliling apabila membuat keputusan mengenakan hukuman terhadapnya.


"Ini adalah salah satu kes paling tragis yang pernah saya lihat dalam kerjaya saya selama 22 tahun.


"Tembakan ini adalah tragedi yang tidak dapat dibayangkan," katanya.


Penahanan kanak-kanak itu berlaku selepas kejadian tembakan besar-besaran, dan keganasan hujung minggu yang mencetuskan semula perdebatan nasional mengenai sekatan yang lebih ketat ke atas pemilikan senjata api.


Pada malam 30 Mei, Lashum Rodgers, 41, sedang memasak bersama teman lelakinya di belakang bangunan sebuah pangsapuri di Orlando, kata polis.


Lakrisha Isaac, 31, tidak lama kemudian tiba bersama anak perempuannya dan mula bertengkar dengan Rodgers berhubung hal peribadi mereka baru-baru ini.


Selepas dua wanita itu mula menumbuk satu sama lain, anak perempuan Isaac mencapai beg galas ibunya dan mengeluarkan pistol, menurut afidavit polis.


Dia menembak dua kali, memukul Rodgers di kepala dan membunuhnya, kata polis.


Ketika masih memegang senjata api, gadis itu menjerit, "dia tidak sepatutnya memukul ibu saya," kata teman lelaki Rodgers kepada polis.


Isaac mengambil pistol dan mengacukannya ke dada lelaki itu.


Dua beranak itu kemudian melarikan diri ke apartmen sebelum ditahan polis.


Ibu kanak-kanak itu sudah didakwa atas tuduhan membunuh, pengabaian kanak-kanak, menyumbang kepada kenakalan remaja bawah umur dan serangan dengan senjata api. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 04:48 PM | Show all posts
Pengaruh movie dan video games berhasil sudah
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cerita sandra bullock berlakon yang dia mengaku tembak sheriff sebab nak protect adik dia yang masa tu umur 5 tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.167215 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list