View: 1064|Reply: 6
|
Ibu Ikat Anak Umur 5 Tahun, Jemur Panas Terik Atas Bumbung Sebab Tak Siap Kerja Sekolah
[Copy link]
|
|
Tindakan kejam seorang ibu ini dikecam apabila dia didakwa mengikat anaknya lalu dibiarkan di atas bumbung rumah di bawah terik sinar matahari.
Perbuatan tanpa belas kasihan itu dipercayai sebagai hukuman kerana kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu tidak menyiapkan kerja sekolah.
Kejadian berkenaan yang dirakam oleh jiran mereka dan kemudiannya ditularkan di media sosial dipercayai berlaku di sebuah kawasan di Khajuri Khas, Delhi, India.
Lebih mengundang kemarahan dan simpati ramai tentang nasib kanak-kanak itu apabila dia dilihat mengerang kesakitan.
Seorang anggota polis yang menyiasat perkara itu berkata, ibu kepada kanak-kanak malang berkenaan mengaku melakukan perbuatan tersebut ke atas anaknya pada 2 Jun lalu.
Bagaimanapun bapa kanak-kanak itu mendakwa dia tidak terlibat dalam hukuman berkenaan.
Sebaliknya dia mendakwa hanya mengetahui tentang hal itu selepas dihubungi bapanya yang juga datuk kepada kanak-kanak tersebut.
"Saya menerima panggilan daripada bapa saya memaklumkan bahawa isteri sedang berikan hukuman berat kepada anak perempuan kami. Saya harus pulang ke rumah dengan segera.
“Apabila saya tiba di rumah, bapa saya beritahu yang dia pulang ke rumah dan melihat cucunya itu diikat di atas rumah teres kami jadi dia membebaskannya.
“Waktu bapa ceritakan pada saya apa yang terjadi, saya terus memarahi isteri kerana bertindak sedemikian,” katanya - CARI
Sumber: mStar/Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
Macam besar sangat kesalahannya sampai dihukum macam tu siap berikat segala nampak kejam |
|
|
|
|
|
|
|
eh. meh sini i ikatkan mak dia. takyah lama sehari semalam shj. mesti insaf lepas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
anak camni la akn 'menjadi ' nanti-Akak Forum Cari... |
|
|
|
|
|
|
|
maybe maknya betul-betul nak anak belajar untuk ubah nasib keluarga..
sana kan darjat pompuan tu rendah..
kalau takde pelajaran, jadi la kau miskin hina..
dah la nak kawin pun pompuan jugak kena bayar dowry.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap je la ko tak suka anak tu sebab pompuan
Puas hati ke tengok budak tu mengerang panas, sakit |
|
|
|
|
|
|
|
jilake punya manusia
tengok ko dah tua nanti, anak ko ikat, jemur ko pulak tengah panas
waktu tu baru ko tau aiyoo amma appa tinggi ke rendah (?) |
|
|
|
|
|
|
| |
|