CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Politik] Tiada halangan untuk pindah wang 1MDB ke Petrosaudi - Saksi

[Copy link]
Post time 9-6-2022 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Tiada halangan untuk pindah wang 1MDB ke Petrosaudi - Saksi


NAJIB (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiada sebarang halangan diterima oleh banknya, untuk melakukan transaksi pemindahan wang berjumlah US$110 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada syarikat perkhidmatan minyak dan gas Petrosaudi International Ltd (PSI) pada Mei 2011.

Pembantu Naib Presiden di Bahagian Operasi Pasaran Global Deutsche Bank (Malaysia) Berhad Fatehah Md Salleh, 39, berkata pada 27 Mei 2011, pihaknya telah menerima dokumen daripada front office bahagian Pasaran Global berkaitan arahan pembayaran pertukaran matawang asing untuk 1MDB.

Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata arahan pembayaran berkenaan adalah kepada Bank JP Morgan Chase New York ke akaun RBS Coutts Bank Ltd, untuk dikreditkan ke akaun bernombor 11116073.

Akaun itu didakwa dimiliki oleh PSI, melalui surat yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

"Seterusnya, pihak kami memulakan pemeriksaan latar belakang pemilik akaun melalui sistem PCR dan sistem HotScan terhadap PSI dan RBS Coutts, dan mendapati tiada halangan untuk melakukan transaksi pemindahan wang kepada syarikat tersebut," katanya.

Pada pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, saksi mengesahkan sistem PCR adalah sistem pengesahan dalaman bank bagi mengesan sebarang 'red flag' berkaitan akaun tersebut.

Pada perbicaraan sebelum ini, mahkamah diberitahu akaun 11116073 adalah milik Good Star Ltd, syarikat yang pada mulanya dikatakan sebagai anak syarikat PSI tetapi kemudiannya didedahkan sebagai syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Operasi Pasaran Global di bank sama (Deutsche Bank) Nur Hasnee Taha Mdd Nordin berkata sebanyak RM3.487 bilion dipindahkan 1MDB kepada Deustche Bank melalui lima transaksi Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (Rentas) pada 30 September 2009.

Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata, wang itu dipindahkan oleh 1MDB bagi tujuan transaksi penukaran mata wang asing dengan membeli US$1 bilion (RM3.487 juta) yang mana US$700 juta kemudian dipindahkan ke RBS Coutts serta US$300 juta didepositkan ke dalam akaun JP Morgan seperti yang diarahkan oleh 1MDB.

Nur Hasnee juga mengesahkan transaksi daripada 1MDB kepada Deutsche Bank pada 27 Mei 2011 dengan jumlah keseluruhan RM335.115 jutam yang dipindahkan daripada akaun AmBank milik 1MDB, bertujuan untuk transaksi pertukaran wang asing bagi membeli mata wang Amerika sebanyak US$110 juta.

Katanya ia kemudiannya dipindahkan ke akaun Bank JP Morgan Chase New York dan ke akaun RBS Couttsm untuk dikreditkan ke nombor akaun 11116073 seperti yang diarahkan oleh 1MDB kepada Deutsche Bank.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 13 Jun.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ke-petrosaudi-saksi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.419387 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list