CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17260|Reply: 235

VIRALSerik! Pelanggan perjelas situasi dalam restoran ‘makcik puaka’, malu kena maki depan pelanggan lain

[Copy link]
Post time 10-6-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode

Seorang pelanggan membuat rakaman mengenai keadaan di dalam sebuah restoran di Melaka.

KECOH di media sosial mengenai nasib malang menimpa sekumpulan pelanggan yang dimaki oleh seorang peniaga di sebuah restoran popular di Melaka.

Digelar 'makcik puaka', tindakannya memperlekehkan pelanggan yang sedang makan bersama keluarga turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Berkongsi pengalaman kepada mStar, pelanggan berkenaan, Rosmarliana Rosli berkata, kejadian berlaku pada petang Rabu lalu di sebuah restoran di Bandar Hilir.

Wanita berusia 37 tahun itu tampil menjelaskan bahawa kunjungannya ke restoran tersebut bukan pertama kali kerana pernah menikmati hidangan di sana beberapa kali sebelum ini.

"Saya orang Melaka, jadi pernah datang ke restoran tu beberapa kali. Tapi saya hanya datang dengan kawan-kawan. Ini pertama kali saya bawa saudara-mara dari Singapura.

"Sebelum ni bila saya datang dengan kawan-kawan okay je tiada masalah, tak sangka pula ada isu masa datang bersama keluarga beramai-ramai," katanya ketika dihubungi mStar.


Liyana membawa saudara-maranya dari Singapura untuk menikmati hidangan di restoran.

Lebih mesra disapa Liyana, dia mendakwa kunjungannya bersama 10 yang lain termasuk ibu, bapa saudara dan ibu saudaranya ke restoran berkenaan kira-kira pukul 2 petang.

"Masa tu masih lagi waktu tengah hari. Jadi, saya tanya makanan apa yang ada dan bila tengok masih ada lauk, kami pun order untuk sekeluarga makan.

"Tapi 'makcik puaka' tu bising masa kami tengah makan. Kalau makanan dah habis, boleh je cakap baik-baik dan kami boleh pergi ke restoran lain," ujarnya yang berasal dari Ayer Molek, Melaka.

Menurutnya lagi, keluarganya bukan sahaja dimaki dan dicaci, malah dimalukan di hadapan pelanggan-pelanggan lain.

"Saya malu depan saudara-mara dari Singapura. Dalam restoran pula ada pelanggan lain yang tengok kami dimaki," tambahnya.


Restoran popular di Melaka kembali hangat diperkatakan.

Walau apa jua keadaan, Liyana yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata lelaki itu menegaskan bahawa adalah tidak wajar pelanggan diberi layanan buruk.

"Paling saya kesal apabila dia hina guna ayat 'mak bapa'. Kalau orang kata makcik tu cakap kasar sebab dia orang Melaka, saya dan ibu pun orang Melaka... orang Melaka baik-baik.

"Famili saya pun berniaga bertahun-tahun, kami layan pelanggan dengan baik. Tak kira orang Melaka atau orang luar, peniaga jangan bermusuh dengan pelanggan," katanya.

Mengenai harga makanan, usahawan kosmetik itu mengakui caj yang dikenakan sebanyak RM240 adalah tidak berbaloi tetapi tetap membayarnya kerana enggan merumitkan keadaan.


Beberapa lauk yang dipesan pelanggan sekeluarga.

Menyedari restoran berkenaan pernah tular dengan insiden pelanggan dihalau, Liyana sama sekali tidak menyangka kejadian malang seumpama itu turut menimpa keluarganya.

"Sebelum ni tak pernah kena walaupun orang banyak cakap tentang makcik tu. Tak sangka saya kena seteruk ini.

Orang banyak cakap tentang makcik tu. Tak sangka saya kena seteruk ini.

"Memang serik nak datang makan di restoran tu lagi. Bukan setakat tak nak datang makan, nak lalu depan kedai makan tu pun dah tak mahu dah," katanya.

Sementara itu, mStar telah menghubungi pihak restoran bagi mendapatkan maklum balas berhubung isu yang tular.


Antara lauk yang turut dipesan pelanggan terbabit.

Terdahulu, perkongsian Liyana di laman sosial mengenai layanan buruk di restoran tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Selain harga makanan yang didakwa mahal, peniaga wanita dipercayai pemilik restoran tersebut turut melemparkan kata-kata makian dan cacian terhadap Liyana sekeluarga.

Pada September 2020, restoran sama pernah menjadi perhatian gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu.

Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikan mereka di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo ada...sila tepek gambor dpn kedai..yg terpampang nama kedai dan muka mokcik tu sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 10:53 AM | Show all posts

gila

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 10-6-2022 10:53 AM
gila



Kalo type customer yg suka guna ayat "customer always right" mohon datang ke Restoran mak cik ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengar dengar dulu dari pihak yg satu lagi...then baru boleh buat kesimpulan..yg kes influencer dulu tu..mmg salah influencer tu..nak live tak agak agak tgk tempat..dgn suara dia yg bingit tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 10-6-2022 10:53 AM
gila

ahahaha...bdk tu jugak rilek je. "makngah...nak telur" teruskan makan dari dgr mulut puaka merempan

dasat org melaka kasar sgguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2022 11:09 AM | Show all posts
Ini kedai yg sama yg si influencer dari kedah yg suka mencarut, tu kena maki ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ada sorang chef tulis pasal restoren ni di fb dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 11:11 AM | Show all posts
aku baru tahu cite sebenar,salah faham je la,
mmg restoran tu bg layanan khas kat pelanggan mcm tu,
utk merasai pengalaman anak melaka sebenar hahahaha,
hadoiiiii, dah viral dulu kes sama,mmg mcm tu la layanan owner kedai, kalau maki balik pun xpe,dah mmg itu caranya,lagi viral lagi ramai, kalau lawan maki balik silap2 dpt diskaun,
kalau maki balik tokey sampai menangis kot dpt free makan hahahaha, cubalah singgah makan di sana hahahahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 10-6-2022 11:02 AM
Dengar dengar dulu dari pihak yg satu lagi...then baru boleh buat kesimpulan..yg kes influencer dulu ...

Dgr owner tu jerit

" daripada tadi cari pasal"

...depa provok dia la tu...dah tahu dia spesis singa

Tapi kagum ramai orang tetap dtg...rasanya lauk dia sedap
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 10-6-2022 11:10 AM
ada sorang chef tulis pasal restoren ni di fb dia..

Chef tu puji x masakan sini...mesti sedap
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulut jahat berbisa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2022 11:24 AM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 10-6-2022 11:27 AM

Ntah2 esok restoran ni diserbu pelanggan mcm yg terjadi dahulu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu aku tak de la nak pegi makan hiruk pikuk mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:26 AM | Show all posts
aku bwk parents nk gi mkn, dkt kul 12 camtu. baru nk langkah masuk, pastu kena halau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 10-6-2022 11:13 AM
Chef tu puji x masakan sini...mesti sedap

ye.. dia puji masakannya.. dan cara layanannya juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 10-6-2022 11:26 AM
ye.. dia puji masakannya.. dan cara layanannya juga

Aikkk layanan baik ke

Tapi cara presentation pinggan mangkuk dia tu cantik teratur tengok gambar tu..pinggan pun lawa style lama dulu2..nampak sedap juga...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:29 AM | Show all posts
tak tau kenapa i hilang selera tengok pompuan ni fokus kat muka dia..
dengan bibir tebal gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 10-6-2022 11:29 AM
Aikkk layanan baik ke

Tapi cara presentation pinggan mangkuk dia tu cantik teratur tengok ga ...

takkk.. hihi.. belum masuk kedai dah kena sound.. dah masuk kena lagi... macam2.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku benci ayat....

Org melaka memang cengitu....mulut puaka....

Kau mulut puaka, dgn adik bradik kau blh lah....jgn nk maki org semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.114684 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list