View: 873|Reply: 2
|
[Dunia]
Subvarian Omicron dikesan, rakyat diminta waspada
[Copy link]
|
|
Orang ramai beratur untuk mendapatkan suntikan penggalak Covid-19 di Bekasi pada 5 Februari 2022. – AFP
Subvarian Omicron dikesan, rakyat diminta waspada
JAKARTA – Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DRPD) Wilayah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta, Hardiyanto Kenneth mengingatkan penduduk agar kekal berwaspada berikutan penemuan kes subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 di Indonesia.
Menurut laman berita Suara.com, dua subvarian itu telah dikesan dengan empat kes dilaporkan di Pulau Bali yang menjangkiti tiga rakyat asing dan seorang warga tempatan.
“Saya ingin mengingatkan masyarakat agar tetap melakukan aktiviti harian seperti biasa dan tidak perlu panik. Namun, mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan pemerintah terutamanya berkaitan protokol kesihatan yang ketat,” katanya.
Tambah Hardiyanto, DKI Jakarta pada masa ini berada dalam kedudukan teratas bagi kes Covid-19 paling banyak di Indonesia dengan mencatatkan 314 kes.
Ini diikuti wilayah Jawa Barat sebanyak 92 kes dan Banten 71 kes. Kes jangkitan harian di Jakarta turut mengalami peningkatan signifikan dalam tempoh empat minggu kebelakangan ini.
Justeru, Hardiyanto menggesa pemerintah wilayah DKI Jakarta untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan agar subvarian BA.4 dan BA.5 tidak merebak dengan lebih meluas.
“Perlu diingatkan bahawa kes positif Covid-19 semakin meningkat dan kini mencapai beratus-ratus kes. Keadaan ini perlu ditangani segera secara serius bagi mencegah lonjakan kes di Jakarta,” ujarnya.
Sementara itu, Hardiyanto berkata, peningkatan kes harian Covid-19 di Jakarta berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya masyarakat yang sudah bebas berinteraksi sehingga sering menanggalkan pelitup muka.
“Ketika ini, kehidupan sudah kembali normal, daripada persekolahan sehingga pekerjaan, semuanya telah berlangsung seperti kebiasaan. Penduduk juga dilihat sering menanggalkan pelitup muka ketika berinteraksi dengan orang lain,” katanya. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... at-diminta-waspada/
|
|
|
|
|
|
|
|
opis dah mula wfo
baru 2 mgu mula
ramai dah +ve
ramai plak ada symptoms
|
|
|
|
|
|
|
|
so on la kita kena guna mask ada cop sirim?
jobian tersenyum sinissssss |
|
|
|
|
|
|
| |
|