View: 1982|Reply: 36
|
[Dunia]
Rakyat Pakistan diminta kurangkan minum teh untuk stabilkan ekonomi negara
[Copy link]
|
|
Rakyat Pakistan diminta kurangkan minum teh
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... urangkan-minum-teh/
Oleh KOSMO!
16 Jun 2022, 9:00 am
SEORANG penjual membawa dulang berisi air teh di sebuah pasar di Islamabad pada 26 November 2020. - AFP
ISLAMABAD – Kerajaan Pakistan menyeru rakyatnya untuk mengurangkan tabiat minum teh bagi mengekalkan kestabilan ekonomi negara, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.
Menteri kanan, Ahsan Iqbal memaklumkan bahawa tindakan mengurangkan minum teh akan menurunkan bil import Pakistan yang tinggi.
Pakistan adalah pengimport teh terbesar dunia dengan pembelian lebih AS$600 juta (RM2.65 bilion) tahun lalu.
“Saya merayu kepada rakyat untuk mengurangkan minum teh sebanyak satu hingga dua cawan sehari kerana kita mengimportnya secara pinjaman,” kata Iqbal seperti dilaporkan oleh media Pakistan.
Permintaan untuk mengurangkan minuman teh tersebut menjadi tular di media sosial dengan ramai rakyat berpendapat bahawa masalah kewangan negara boleh diatasi dengan mengurangkan minuman berkafein.
Pada 2020, Pakistan mengimport teh dari negara-negara termasuk Kenya, Vietnam, Rwanda dan Uganda.
Sementara itu, peniaga di negara tersebut turut diminta untuk menutup premis mereka pada pukul 8.30 malam untuk menjimatkan tenaga elektrik.
Pada bulan lalu, pegawai-pegawai di Karachi mengehadkan import berpuluh-puluh barangan mewah yang tidak penting sebagai sebahagian daripada usaha melindungi dana negara.
Pengakuan itu dibuat ketika rizab mata wang asing Pakistan terus menjunam dengan pantas sehingga memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengurangkan kos import yang tinggi dan menyimpan dana negara.
Rizab pertukaran wang asing Pakistan turun daripada sekitar AS$16 bilion (RM70.76 bilion) pada Februari lalu kepada kurang AS$10 bilion (RM44 bilion) pada minggu pertama Jun.
Jumlah itu hampir tidak mencukupi untuk menampung kos dua bulan bagi semua kadar import negara. – Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni saya ingatkan Pakistan antara negara pengeluar teh dunia.
Sebab selalu tengok mereka minum teh kalau dlm movie |
|
|
|
|
|
|
|
dulu rajin diorg (worker) buat teh cha respi asli paki teh tarik. lain rasa dia pekat likat. cuma beza dia teh tu masak skli dgn susu pekat dan susu cair, garam skit. pastu ada rempah dari paki itu je membezakan. |
|
|
|
|
|
|
|
kita juga dapat menyumbang kepada penurunan import dengan beli/guna barangan tempatan..tukar cara hidup ..adake? |
|
|
|
|
|
|
|
Mulai hari ini saya dah tak nak minum teh tarik Dhaka pior. Dah insaf. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok movie depa mesti minum teh
dalam cawan kecik cinonet tu kan
mesti pekat and sedap kan |
|
|
|
|
|
|
|
minum milo anda jadi sihat dan kuat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Malaysia pulak nak kurangkan makan apa. Everything?
|
|
|
|
|
|
|
|
penah tengok dokumentari pasal tanaman teh kat uk.kata nya teh tak boleh hidup kat kawasan ada frost salji.sejuk tak apa jangan bersalji.jadi pokok teh kat uk kalau boleh hidup pon.tak berapa productive.rasa pakistan pon sama kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti kawan2 sedara maranya yang di tanahair gigih menanyang minium teh masala di media social. Sini tak ada masaalah Cameron sana banyak ada tanam. |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan malaysia patut minta rakyatnya kurang makan
ramai yang gemuk2 |
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 16-6-2022 10:16 AM
kita juga dapat menyumbang kepada penurunan import dengan beli/guna barangan tempatan..tukar cara hi ...
Beras pun guna import |
|
|
|
|
|
|
|
Mana boley, Paki tanpa Dotpati ibarat molayoo tanpa nasik. |
|
|
|
|
|
|
|
angelofish replied at 16-6-2022 01:29 PM
penah tengok dokumentari pasal tanaman teh kat uk.kata nya teh tak boleh hidup kat kawasan ada frost ...
Untuk tanaman teh, utara Paki terlalu sejuk, manakala selatan pula terlalu panas. |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 16-6-2022 03:07 PM
Untuk tanaman teh, utara Paki terlalu sejuk, manakala selatan pula terlalu panas.
Paki tengah?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 16-6-2022 03:11 PM
Paki tengah?
Timur & barat tak tanye sekali |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 16-6-2022 03:28 PM
Timur & barat tak tanye sekali
Mana tau ada potensi?
|
|
|
|
|
|
|
|
melambak je orang pakistan kat luar negara..termasuk yg jadi menantu Anwar |
|
|
|
|
|
|
| |
|