CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1279|Reply: 16

[Jenayah] Tumbuk, tendang & cekik mangsa si pelakon 30an direman.

 Close [Copy link]
Post time 19-6-2022 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-6-2022 10:05 AM

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon ditahan reman tiga hari bermula Sabtu hingga Isnin bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul di sebuah kondominium di sini, pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata, pelakon lelaki berusia 30-an berkenaan yang juga penghuni di kondominium sama disyaki menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu.

"Ketika kejadian mangsa dilaporkan meminta tolong rakannya untuk membeli minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan.

"Semasa rakan mangsa hendak menghantar minyak masak berkenaan, dia tidak dibenarkan masuk oleh pengawal kondominium itu," katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.

Habibi berkata, mangsa kemudian turun ke kawasan lif lobi kondominium berkenaan setelah dihubungi oleh rakannya itu.

"Dipercayai berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal itu, sebelum artis lelaki berkenaan tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa," katanya.

Beliau berkata, mangsa mendakwa suspek menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada, perut dan belakang badan selain mencekik serta mengugut akan membunuhnya.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis dan Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediaman sama pada malam Jumaat," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... enghuni-kondominium
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2022 10:24 AM | Show all posts
macam ada kisah lain je disebaliknya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham jalan cerita.  Yg tukang pukul tu artis tu kan tapi adakah mangsa pak guard atau kawan dia yg beli minyak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 10:35 AM | Show all posts
Samerosie replied at 19-6-2022 10:29 AM
Tak faham jalan cerita.  Yg tukang pukul tu artis tu kan tapi adakah mangsa pak guard atau kawan dia ...

Mesti kes pak guard tak bagi kawan dia naik hantarkan.  Banyak dah kes macam ni tuan rumah kena turun baru kawannya boleh naik dah tak boleh main suruh kawan yang datang naik sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 19-6-2022 10:35 AM
Mesti kes pak guard tak bagi kawan dia naik hantarkan.  Banyak dah kes macam ni tuan rumah kena tu ...

Baguslah macam tu. Lebih selamat sebab orang luar tak boleh suka2 naik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
So siapa artis tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2022 10:43 AM | Show all posts
mangsa: penduduk kondo yang minta kawan luar dia belikan minyak masak.


suspect: retis berjambang papasmurf yang bertindak luar kawalan memukul, menendang dan ugut bunuh sbb dia nak jadi hero pertahankan pak guard.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
KBW2 replied at 19-6-2022 10:43 AM
mangsa: penduduk kondo yang minta kawan luar dia belikan minyak masak.



Si nanaz samseng kampung dusun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2022 10:49 AM | Show all posts
nasib xtulis nama
kalau x org mesti tahu nanas
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 19-6-2022 10:35 AM
Mesti kes pak guard tak bagi kawan dia naik hantarkan.  Banyak dah kes macam ni tuan rumah kena tu ...

Oh okok tq you.  Sometimes condo ni pun melampau ketat.  My mum duduk dgn my sis kat satu condo kat damansara ni.  Bukan high end condo pun mcm pprt flat pun iye sebab jenis manusia yg menyewa kat situ.  Visitor parking semua dikuncikan kalau nak bermalam kena ada surat dr management.  Dia punya strict mengalahkan 5 star residence dkt klcc tapi lift dalam sebulan seminggu je elok.  Belum lagi manusia yg buang sampah dr atas.  My sis menyewa sementara tunggu rumah dia siap tapi terprolonged sbb construction sudah delayed due to covid.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 10:55 AM | Show all posts
Samerosie replied at 19-6-2022 10:46 AM
Si nanaz samseng kampung dusun?

Iyer chuols. Tepat sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 10:58 AM | Show all posts
kalau mangsa tu ada berkasar secara fizikal pada pak guard aku pahamler  ko intervene secara fizikal gak.

tapi dia bercekau mulut jah yang ko macam kena sampok hantu lapo dah kenapa?

memang baghal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka Bainun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamu jual nasik dalca parpu tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 11:31 AM | Show all posts
KBW2 replied at 19-6-2022 10:55 AM
Iyer chuols. Tepat sekali.

La kiranya dia tak de kena mengena dengan drama ni, dia 3rd party datang busybody tiba2 pastu tibai orang hahaha mende la kau nanaz.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 11:39 AM | Show all posts
nanas kah?
gangster sungguh
patut kena cerai
tapi dia takut dgn gang sskjp
tak dapat lepaskan pada gang sskjp
dia marah ke org lain

gtu meols busuk hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2022 11:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.074103 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list