View: 7513|Reply: 114
|
[Tempatan]
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong kata Kalau mampu beli tiket konsert, jangan merungut tentang kos hidup, kenaikan harga barang,usah bising kerana tidak ada duit
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 20-7-2022 12:18 AM
Jualan tiket Konsert 30 Years of Dewa 19 yang licin dijual dalam tempoh sejam semalam menimbulkan pelbagai persoalan.
Rasa hairan itu timbul di mana datangnya wang untuk membeli sekeping tiket konsert yang berharga ratusan ringgit.
Mengapa ada yang sanggup membelanjakan wang di tengah-tengah bulan untuk konsert beberapa jam itu.
Kehairanan itu timbul kerana majoriti rakyat negara ini mengeluh, merungut dan marah dengan kos hidup yang tinggi akibat inflasi di seluruh sejagat.
Walaupun ada kelompok masyarakat yang dibantu oleh kerajaan tetapi pemberian itu tidak disyukuri oleh segelintir pihak.
Sebaliknya, sumbangan itu diperlekehkan dengan mengatakan ia tidak mencukupi, tidak berbaloi, tidak mampu cukup untuk membeli ayam dan minyak. Segalanya tidak cukup walaupun hampir RM80 bilion dibelanjakan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.
Tetapi dalam mengkritik dan meluahkan rasa tidak puas hati itu, masih ada segelintir orang yang sanggup berhabis untuk membeli sekeping tiket semata-mata untuk hiburan, kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.
Beliau cukup hairan dengan senario ini berpendapat keadaan ini berlaku kerana jati diri rakyat negara ini semakin pudar.
Segelintir mereka ini sanggup mengenepikan survival sebuah kehidupan demi hiburan.
Katanya, meskipun hiburan itu adalah hak masing-masing tetapi sambutan terhadap jualan tiket konsert itu menunjukkan ada dalam kalangan masyarakat negara ini masih tidak tahu apa itu keutamaan hidup.
“Dalam keadaan gawat ini, sewajarnya kita sebagai rakyat perlu berhemah dalam perbelanjaan, mengatur keutamaan untuk keperluan asas diri, sekali gus kita dapat mendidik diri sentiasa bersederhana ketika keadaan memerlukan.
“Apabila kita bersederhana, kita bersyukur dengan keadaan yang berlaku. Kita tidak menjadi generasi melenting, protes tetapi tenang ketika berdepan dengan apapun situasi.
”Kalau tidak ada keutamaan dalam hidup, maka inilah yang berlaku. Tidak salah kalau masih mahu hiburan jika anda ada limpahan wang, hidup senang.
”Tetapi jika kita bukan dari kelompok ini (senang) tetapi sanggup mengeluarkan wang untuk berkonsert, jangan lagi merungut tentang kenaikan harga barang; usah bising kerana tidak ada duit dan jangan tunding jari ke mana-mana pihak,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Sumber MalaysiaGazette.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin:
1.kurangkan bajet kt benda lain tuk beli tiket.
2.termasuk dlm bucket list depa... |
|
|
|
|
|
|
|
i respect Prof Teo Kok Seong.
ade point dia juga. Kalau ustaz tegur tu boleh org merungut tapi ini datang daripada seorang yg bernama Prof Teo Kok Seong.
so ? yes .
i guess yg mampu tu T20 kot.
lagi satu , manusia ni kalau ade satu stimulus yg dia suka , akibat nafs ke ape ke, dia akan ade motivasi ke arah itu . Lumrah.
mungkin ada yg kene budget atau menabung , mungkin tidak.
macam tu la hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb ramai pangai mcm watak JSP dlm siri sex in the city, bila tinggal lima riyal, masih sanggup berlapar dan beli majalah fesyen.. hat ni, hiburan comes first, giteww.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 20-7-2022 02:18 AM
yg pi tengok konsert tu kesemua rakyat seluruh negara ni ka ? Konsert nak banyak mana sangat tempat duduk , so mana boleh segelintir mampu pi tengok konsert lalu seluruh rakyat malaysia nak di kampoi masuk sekali sebagai mampu berkonsert sedangkan depa pi tengok nya pun tidak ....
prof ni awat blurrrr sampai tak reti menilai siapa yg pi tengok konsert dgn yg tidak ? Wow adakah berbooster2 dah menjejaskan daya pemikirannya? Sok sok ni end up mcm joe biden hinggakan nak duduk pun perlu di tunjuk ajar punyalahh mental jadi blurrrr tak ketahuan 
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 20-7-2022 02:03 AM
yg pi tengok konsert tu kesemua rakyat seluruh negara ni ka ? Konsert nak banyak mana sangat tempat ...
Kannnnn. Suka naw buat generalisasi deme nih. Rakyat Malaysia berapa ramai. Yg tengok berapa ramai pulak. Mungkin kakitangan kerajaan yg income tak terjejas. Takpun anak2 T20.
Awak sihat ye? Syukur. Tak sangka nampak awak kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 20-7-2022 01:34 AM
Dewa19 datang sekali jah, bukan persis kemelesetan ekonomi yang datang berkali-kali, rebutlah peluan ...
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/07/977762/tiket-konsert-habis-dewa-19-tambah-satu-malam-lagi
Tambah satu malam lagi. Mari-mari
 |
|
|
|
|
|
|
|
Ni iols setuju. Tp tuh lah. Berapa ramai jer yg beli tiket konsert tu. Mmg yg beli T20 jer. Iols rasa mmg betul lah malaysia ni dah menuju ke arah yg mana kata akan terus kaya. Yg mana miskin terus miskin.  |
|
|
|
|
|
|
|
berapa persen ja pun dari rakyat malaysia yang beli tiket konsert tu.tu geng kaya2 kasta T20.yang berjimat lebih ramai dari yang pergi konsert tu |
|
|
|
|
|
|
|
adakah yang membeli tiket itu mewakili semua rakyat malaysia di segenap ceruk>? termasuk makcik dan pakcik yang dok kat kampung atau pekerja -pekerja yang? . Nak jilat naik pangkat pun...tengok tengok la....ingat kita ni bodoh ko |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mana mampu mmg la beli tiket konsert..
Apa daa..sah2 la yang berduit..
Takkan makcik duk flat, nak beli kut.
Hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Masa beli tiket tu ada check ke pembeli tu penerima BKM? Kau pukul rata semua orang |
|
|
|
|
|
|
|
kawan-kawan iols ramai yang beli tiket dewa ni. Tapi semua tu T20 la. jenis memang lavish lifestyle. Yang M40 B40 takde pun iols nampak up pasal beli tiket. Cuma diorang up sedih tak dapat pergi...
Well, iols pun hampir terjebak nak beli...tapi bila fikir balik, takpe la. Bulan 9 tu nak pergi holiday, so better iols simpan duit untuk spend masa holiday rather than concert.. Gittew iols cheapskate...kekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert tu berapa tahun sekali je nokss
Barang asas plak setiap hari guna
Aihh memang takda yang cerdik2 eh Malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
opkos la dua gol yg berbeza; yg membeli tiket konsert dan yg merungut hidup susah.
yg in between ada la kot 2/3 kerat, hidup sendu tp still nak masuk komlompok lavish style |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingerbumpy at 20-7-2022 07:43 AM
mbhcsf replied at 20-7-2022 01:31 AM
i respect Prof Teo Kok Seong.
ade point dia juga. Kalau ustaz tegur tu boleh org merungut tapi ini ...
Ko memang yg ada title PROF jer......terus peks boleh berair.....
Setakat nak generalize macam ni...without data ..ko level prof keww memang aku kimarrkk kheun aja...
Ko jgn reply...dgn ko sekali aku maki kang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-7-2022 01:06 AM
saya sebanrnya tak suka and tak berkenan cara anda. Anda hanya mengajar yg 'cara aku nak interact dengan forumner'adalah dengan berkurang ajar dan biadab, dan forumner pelu biadab dengan aku untuk interaksi.
i dont like your posting, seriously and apa you buat ni harassment, ade unsur offensive and it is repeatedly done. Itu reason saya tak layan posting anda. anda hanya ajaq org biadab dan dengan itu saja cara anda berkomunikasi. i dont like it. stop it. nak berforum, tulis guna bhs elok atau guna cara yg acceptable.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai juga tak baca full text tapi butthurt lak dgn Prof.
"....Tidak salah kalau masih mahu hiburan jika anda ada limpahan wang, hidup senang".
”Tetapi jika kita bukan dari kelompok ini (senang) tetapi sanggup mengeluarkan wang untuk berkonsert, jangan lagi merungut tentang kenaikan harga barang; usah bising kerana tidak ada duit dan jangan tunding jari ke mana-mana pihak,” katanya kepada MalaysiaGazette. |
|
|
|
|
|
|
| |
|