KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan rasa gembira apabila dapat membuka sebuah sekolah untuk anak-anak Palestin di Gaza.
Siti, 43, sewaktu ditemui Kosmo! memberitahu, sekolah yang diberi nama Afwa & Aafiyah itu memfokuskan kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang al-Quran dan akademik termasuk pembelajaran tentang adab dan akhlak.
“Alhamdulillah, saya dan juga suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur apabila dapat membuka sebuah sekolah untuk anak-anak Gaza yang telah beroperasi sejak setahun lalu di bawah Yayasan Nurjiwa.
“Setakat ini terdapat kira-kira 50 orang murid terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan seawal usia empat tahun,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.
Ujar pelantun lagu Nirmala itu lagi, sekolah yang dibuka di sebuah bangunan yang disewakan itu telah diurus oleh wakil khas di sana.
“Pihak yayasan mempunyai wakil khas di Gaza yang diberi kepercayaan untuk menguruskan sekolah, tenaga pengajar dan murid-murid termasuk menguruskan kemudahan makanan yang diberi sewaktu persekolahan.
“Sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada anak-anak Palestin mendapat pendidikan awal selain belajar dalam bangunan sekolah yang lebih selesa,” katanya.
Menerusi Yayasan Nurjiwa, Siti berkata setiap bulan pihaknya akan menyalurkan sumbangan minimum sebanyak RM10,000 serta bantuan lain seperti barangan keperluan sekolah dan makanan.
Dalam pada itu, Yayasan Nurjiwa juga tidak lupa membantu masyarakat di Malaysia apabila turut aktif mengadakan pelbagai misi bantuan sejak ditubuhkan pada 21 Ogos 2006.
“Sejak ditubuhkan sekitar 16 tahun lalu, Yayasan Nurjiwa giat menjalankan kerja-kerja amal seiring dengan objektif penubuhan sebagai sebuah badan kemanusiaan.
“Sejak ditubuhkan, pihak yayasan telah melaksanakan pelbagai program antaranya dengan mewujudkan Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan terbaharu Covid-19 dengan kerjasama Kita Fund,” jelasnya ketika ditemui di majlis Sidang Media Music of The Soul: An Evening With Datuk Siti Nurhaliza di Hotel Royal Chulan di sini hari ini.
Siti yang bakal membuat sebuah persembahan amal selama dua hari pada 5 dan 6 November nanti bertempat di Dewan Plenary, KLCC berharap agar persembahan tersebut dapat mencapai sasaran supaya lebih banyak misi bantuan dapat dilaksanakan.
Post time 20-7-2022 01:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ezacbee replied at 20-7-2022 01:10 PM
Eh rasanya dah 3 thread aku komen pasal ni.
Celah mana mariah carey?
Dulu memula memang dia fan Kak Yah kan? Katanye Kak Yah who r yous kan saja time Kak Yah dtg KL. Pastu gi menyendeng kt kak Saline Dayon pulak konon idola #1
Entah2 DCT ternampak malaikat Mikail (Pemberi rezeki) kot. Tu yg mendorong dia gunakan bakat anugerah Allah ke jalan yg diredhaiNya. Malah melalui nyanyian juga, itulah rezeki DCT, disalurkan untuk beramal jariah ke tahap yg tak ramai orang lain mampu buat. Soal berdosa dia menyanyi, biarlah Allah menghakimi namun DCT berkongsikan rezeki yg dia dpt dn beramal jariah, jgn pulak dinafikan. Menyanyi = dosa, beramal jariah = pahala, Allah ada untuk mengadili ibadah dia. DCT ada (dosa n pahala). Kita, kita ade?
Syabas dn tahniah kpd DCT kerana berjaya mendirikan sekolah untuk anak2 Palestine di Gaza. Semoga Allah akan sentiasa murahkan rezeki DCT dn dpt membantu lebih lagi. Ameen....
Post time 20-7-2022 05:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ezacbee replied at 20-7-2022 01:36 PM
Oh i see... baru tau info ni. Kipas kak yah rupanya.
Ni kesah belakang stage le..10 tahun dulu. Zmn akak muda2. Designer tempatan nk sponsor dress kak Yah pun di who r yous juger. Hilang modal . Masing2 kopiden level tak hingat but then kak Yah flip hair jer sekor2. Designer tu pun dah sendurina sekarang.