CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 967|Reply: 4

[Tempatan] Taman Eko Rimba Beserah ditutup akibat kencing tikus

[Copy link]
Post time 22-7-2022 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Taman Eko Rimba Beserah ditutup akibat kencing tikus


Taman Eko Rimba Beserah ditutup sementara berikutan terdapat kes jangkitan kencing tikus.- Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat


KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bertindak menutup sementara Taman Eko Rimba (TER) Beserah, di sini, berikutan terdapat kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.

Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) JPNP, Regina Mariah Jong, berkata pihaknya terpaksa bertindak menutup sementara TER Beserah, bermula semalam sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Menurutnya, TER Beserah terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan pelancong daerah ini, mereka berkelah sambil mandi kolam yang terdapat di situ. Pada hujung minggu dan cuti umum tempat berkenaan menjadi tumpuan pengunjung.

Katanya, TER Beserah tidak mempunyai operator untuk melakukan aktiviti menyelenggara, faktor berkenaan menyebabkan tempat berkenaan tidak terurus berbanding beberapa TER yang terdapat di daerah ini.

"Saya menasihatkan kepada penduduk setempat termasuk pelancong supaya tidak cuba masuk ke kawasan perkelahan itu sebelum ia disahkan selamat oleh pihak berkuasa.

"Mereka yang ingin berkelah sambil mandi boleh berkunjung kebeberapa TER di daerah ini seperti TER Sungai Pandan dan TER Berkelah yang menjadi tumpuan pelancong," katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, difahamkan dua remaja kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dipercayai dijangkiti kencing tikus selepas mandi di TER Beserah.

Regina berkata, kes kencing tikus pernah berlaku di TER Lubuk Yu, Maran pada 2010 yang menyebabkan tempat berkenaan terpaksa ditutup beberapa bulan demi keselamatan pengunjung.

"Saya menasihatkan kepada pengunjung TER di negeri ini supaya sentiasa menjaga kebersihan, lebihan makanan dibuang dalam tong sampah disediakan atau dibawa pulang.

"Perbuatan mengabaikan kebersihan di pusat rekreasi menjadi punca utama kes kencing tikus mudah berlaku," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... kibat-kencing-tikus

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 09:38 AM | Show all posts
"Perbuatan mengabaikan kebersihan di pusat rekreasi menjadi punca utama kes kencing tikus mudah berlaku," katanya.

ahad petang - memang macam pusat pembuangan sampah dah kat kawasan berkelah ni
pekerja pembersihan pun datang seminggu 2 kali je.  unless tempat popular hari hari ada pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 12:50 PM | Show all posts
tak ada ka taman eco rimba yang boleh bogel2 ala2 back to nature? macam best ja

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-7-2022 12:50 PM
tak ada ka taman eco rimba yang boleh bogel2 ala2 back to nature? macam best ja

Nudist tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah tau pon ada kat Beserah.. Selalu pi Beserah kalau nak makan mee calong je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.052611 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list