CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 1

[Dunia] Perang berlanjutan, Russia ‘enggan berhenti separuh jalan’

[Copy link]
Post time 3-8-2022 08:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-8-2022 04:19 PM

Perang berlanjutan, Russia ‘enggan berhenti separuh jalan’



PASUKAN bomba memadamkan kebakaran sebuah bangunan selepas dibedil Russia di Mykolaiv, Ukraine. - AFP


  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 2 Ogos 2022, 7:30 am















MOSCOW: Russia melancarkan serangan secara besar-besaran di bandar pelabuhan Mykolaiv, selatan Ukraine sehingga mengorbankan seorang pemilik syarikat pengeluar dan pengeksport bijirin terbesar negara itu.

LaporAl Jazeera, Gabenor Mykolaiv, Vitaliy Kim berkata, pengasas dan pemilik syarikat pertanian Nibulon, Oleksiy Vadatursky bersama isterinya terbunuh di kediaman mereka.

Dengan ibu pejabatnya terletak di Mykolaiv, Nibulon mengkhususkan dalam pengeluaran dan eksport gandum, barli dan jagung selain mempunyai armada dan limbungan kapal sendiri.

Presiden Volodymyr Zelensky menyifatkan kematian Vadatursky sebagai ‘kehilangan besar bagi seluruh Ukraine’.

Malah, beliau berkata, ahli perniagaan itu dalam proses membina sebuah pasar bijirin moden yang melibatkan rangkaian terminal pemindahan kapal dan lif.

Datuk Bandar, Oleksandr Senkevych memaklumkan tiga orang juga tercedera dalam serangan di Mykolaiv. Katanya, sebanyak 12 peluru berpandu mengenai beberapa rumah dan fasiliti pendidikan.

Sebelum ini, Senkevych menyifatkan serangan itu sebagai `paling besar’ yang pernah dilancarkan ke atas bandar tersebut sepanjang tempoh lima bulan dilanda perang.

Gabenor Dnipropetrovsk, Valentyn Reznichenko menerusi Telegram memaklumkan lebih 50 roket membedil kawasan perumahan di bandar selatan Nikopol pada pagi Ahad.
Katanya, seorang penduduk cedera dalam serangan tersebut.

IBU PEJABAT ARMADA LAUT HITAM DISERANG
Dalam pada itu, Datuk Bandar, Mikhail Razvozhayev berkata, tentera Ukraine menyerang ibu pejabat armada Laut Hitam di Sevastopol pada awal Ahad.
Katanya, lima orang cedera dalam serangan itu apabila pesawat yang dianggap sebagai dron terbang ke kawasan di ibu pejabat tersebut.

PENDUDUK DIARAH TINGGALKAN DONETSK
Sementara itu, Zelensky mengarahkan semua orang awam yang masih tinggal di timur wilayah Donetsk di bawah kawalan Ukraine agar berpindah dengan segera.

Zelensky dalam satu ucapan dari Kyiv memaklumkan pertempuran di wilayah itu semakin sengit.

Wilayah itu menyaksikan pertempuran hebat di tengah-tengah kemaraan tentera Russia yang berjaya mengawal sebahagian besar kawasan itu.

“Kami akan menggunakan semua cara yang ada untuk menyelamatkan seramai mungkin nyawa dan mengehadkan keganasan Russia sebanyak mungkin,” katanya.

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Ukraine mengarahkan penduduk untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Pihak berkuasa Ukraine menganggarkan antara 200,000 dan 220,000 orang awam masih tinggal di kawasan tak berpenghuni di Donetsk.

Satu notis perpindahan daripada kerajaan, memberi amaran bahawa musim sejuk yang akan datang bakal memburukkan lagi keadaan terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

“Golongan itu perlu dipindahkan dengan segera, anda tidak boleh meletakkan mereka dalam bahaya besar pada musim sejuk tanpa beberapa kemudahan seperti pemanas dan lampu,” kata Kementerian Penyepaduan Semula Wilayah Diduduki Sementara.

Zelensky membuat gesaan itu ketika Russia menjemput pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Palang Merah untuk menyiasat kes kematian 50 tawanan perang Ukraine di bahagian lain wilayah Donetsk yang dikuasai pemisah yang disokong Russia.

Pasukan tentera itu terbunuh dalam keadaan tidak jelas semasa serangan ke atas penjara di Olenivka, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 10:08 AM | Show all posts
ambik je la semua wilayah ukraine ni jadi bawah russia senang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 1.185641 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list