CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Dunia] 27 jam pisah kembar siam

[Copy link]
Post time 3-8-2022 08:34 AM | Show all posts |Read mode
27 jam pisah kembar siam

KEMBAR siam, Bernardo dan Arthur Lima sebelum menjalani pembedahan.


Brasilia: Seorang pakar bedah berjaya memisahkan kepala dan badan dua kembar siam di Brazil menerusi pembedahan secara Realiti Maya (VR) yang mengambil masa selama 27 jam.

Daily Star melaporkan, Bernardo dan Arthur Lima, dari Brazil menjalani beberapa pembedahan di Rio de Janeiro sebelum ke London untuk prosedur rawatan yang mengubah hidup mereka.

Pakar bedah saraf British di Great Ormond Street Hospital berjaya memisahkan kedua-dua kepala kembar itu yang bercantum yang dijalankan pakar bedah kanak-kanak Noor ul Owase Jeelani.

Menurut badan amal Gemini Untwined yang membiayai kos pembedahan, prosedur itu adalah yang paling kompleks pernah dijalankan dan mendapat bantuan 100 kakitangan perubatan.

Pakar bedah dilaporkan menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan untuk pembedahan secara VR berdasarkan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) terhadap Bernardo serta Arthur.

Pakar bedah di London dan Rio de Janeiro bekerjasama dengan set kepala VR supaya mereka boleh berada di dalam bilik yang sama antara satu sama lain walaupun jaraknya 9,656 kilometer (km).

"Sungguh mengagumkan malah sangat bagus untuk melihat anatomi dan melakukan pembedahan sebelum meletakkan kanak-kanak pada sebarang risiko.

"Pembedahan ini dianggap paling rumit dan untuk melakukannya dalam VR adalah perkara yang di luar jangkaan," kata Dr Jeelani.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... m-pisah-kembar-siam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.300120 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list