CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 8

Ibu Rayu Bantu Anak Asyik Muntah, Demam, Sakit Perut- Doktor Cakap Tak Sakit Apa-Apa

[Copy link]
Post time 3-8-2022 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang ibu buntu apabila masalah kesihatan anak perempuannya masih berlarutan walaupun sudah menjalani rawatan di beberapa hospital sejak hujung bulan lalu.


Ibu kanak-kanak itu, Zainon Taslem, 46, berkata, anaknya, Raiezza Umaira Ruzaidi, 8, mula menunjukkan simptom demam termasuk muntah pada awal bulan lalu.


"Saya terpaksa berulang-alik membawa anak empat kali dalam tempoh dua minggu ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan.


"Saya dimaklumkan oleh doktor anak hanya mengalami sakit perut dan diberikan pelbagai jenis ubat berkaitan, namun dia masih dalam kesakitan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Foto: Harian Metro




Zainon berkata, dia kemudian menghantar anaknya ke Hospital Selayang pada 22 Julai lalu dan dimasukkan ke wad selama empat hari untuk rawatan serta pemeriksaan lanjut.


"emeriksaan dilakukan pihak hospital mendapati tiada apa-apa masalah kesihatan dikesan pada badan anak sebelum dibenarkan pulang pada 24 Julai lalu selepas keadaannya sedikit pulih.


"Bagaimanapun, dia dimasukkan semula ke hospital sama selepas muntah berserta darah sebelum dipindahkan ke Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini untuk rawatan lanjut.


"Sejak 28 Julai lalu hingga hari ini, anak masih menerima rawatan di HTA, namun doktor belum dapat memastikan penyakit sebenar dihidapi oleh anak," katanya yang juga penjawat awam.


Menurutnya, dia sudah mencuba pelbagai cara bagi mengubati masalah kesihatan dialami anak bongsu daripada tiga beradik itu termasuk perubatan tradisional.


"Namun sehingga kini, anak belum pulih dan masih lagi muntah. Atas saranan beberapa pihak, saya bersedia untuk turut menggunakan kaedah perubatan tradisional untuk mengubatinya.


"Jika mana-mana individu sudi membantu, boleh menghubungi saya di talian 012-2360590," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
hamagadd dejavu! baru semalam tengok filem Miracles From Heaven.anak jennifer garner macam adik ni lah.asyik muntah and sakit perut.dah pergi hospital banyak kali tapi doc cuma cakap lactose intolerant la, angin je la.get well soon ya adik❤️
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya lah kecik2 dah kerap masuk hospital. Moga Allah tunjukkan jalan dan moga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kanser ke nok?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah terai minta pendapat specialist swasta?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 06:00 PM | Show all posts
kalau bawak g bomoh nanti bomoh mesti cakp ni saka ni. macam aku dlu sesak napas tiberhhh bomoh jadian tu ckp aku ada saka lah, kena santau lah. babi btol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikhtiar yg sgt baik dah mummy... Kalau doktor gomen tak blh kesan kenalah ke doktor swasta pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga Dr dapat kesan apa sakit adik ni cepat, kesian dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang psikologi.... Adalah tu yg dia memberontak,  kadang bdk x nak g skolah bleh je buat sakit perut...

Bawak kaunseling...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.724258 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list