CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

~ Chocolātl + Fwower = LOVE ! ~ [U]

  [Copy link]
 Author| Post time 5-10-2010 12:08 AM | Show all posts
Reply 98# Kia_picanto


   cekelat apa ? walaupun aku tak mungkin jejak kaki di dublin nak gak tau......hmmm best korang kat oversea bole makan choc yang sedap2.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 12:11 AM | Show all posts
Reply  Kia_picanto


   cekelat apa ? walaupun aku tak mungkin jejak kaki di dublin nak gak tau. ...
detox Post at 5-10-2010 00:08



   aku dah lupa jenama dia.. tapi choc tu nama dia Heaven @ Haven la.. jap gi aku kuar aku beli dan tepek kat umah detox.. okay tak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 12:12 AM | Show all posts
Reply 102# Kia_picanto

OK sangat....dapat tengok gambo jadi le he he he

dan utk ko aku tepek n3 malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:13 AM | Show all posts
Reply  Kia_picanto


cekelat apa ? walaupun aku tak mungkin jejak kaki di dublin nak gak tau......hmmm best korang kat oversea bole makan choc yang sedap2.....
detox Post at 4-10-2010 17:08


next year if marcell confirm  come to malaysia i will bring i full basket of german chocs for u...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:13 AM | Show all posts
lagi satu detox.. choc kat tempat2 lain tak la sehebat choc godiva dari brussels..
tapi setakat nak makan sedap mmg haven lagi nyum dari cadbury tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 12:14 AM | Show all posts
Bab 2       

MINI AUSTIN ‘74 merah lada yang berkilat di panah matahari berhenti dengan mengejut. Husin kalut membetulkan rambut dan kolar baju yang tidak kemas sebelum tergesa-gesa keluar. Kelam kabut memang sudah menjadi perangai si chocolatier yang boleh tahan handsome itu. Husin berlari laju merentasi padang luas, dia tidak pedulikan amaran “JANGAN PIJAK RUMPUT”. Dia sudah lewat setengah jam. Kasut kanvas yang lunyai menghentam rumput hijau yang subur. Hatinya menyumpah si Bunga Tahi Ayam ! Geramnya tak surut-surut lagi.

Semalam dia menerima sepucuk surat menyuruhnya hadir diri di pejabat peguam itu. Dia bakal mewarisi sesuatu dari kawannya yang kaya raya. Husin tersengih. Ingat juga Anuar padanya. Memang dia tidak patut tersengih di kala kemalangan ngeri yang meragut nyawa Anuar. Tapi mengenangkan harta yang bakal di warisi, Husin tidak boleh tidak dari tersengih sepanjang malam. Dia mengulum sengih dan menghadiahkan Al-Fatihah pada Anuar yang pergi secara mengejut. Helikopter yang membawanya terhempas di pergunungan dekat Switzerland.

Pintu di tolak dan dia melangkah dengan kalut. Derap kakinya membuatkan Tuan Sahak yang sedang membaca wasiat terhenti. Semua mata yang tadi sedang terbulat-bulat seronok mendapat bahagian masing-masing terus memaling.

“Husin Ahmad ?” tanya Tuan Sahak, matanya memandang atas bawah, bawah atas.

Seluar jeans lusuh dan kemeja putih di masuk ke dalam masih ok lagi, tapi kenapa harus pakai kasut kanvas berwarna hijau  lumut yang sudah lunyai dan berlubang lubang ! Matanya mengerling pada jam pula. Lewat !

“Ye saya.” Jawabnya, dia perasan mata Tuan Sahak merenung tajam kasut kanvas hijau, malu menghentam dirinya. Sengkek betul aku di mata Tuan Sahak, kata hatinya pilu.

Matanya melilau mencari kerusi kosong dan nampak kepala Tuan Sahak meneleng ke arah sebuah kerusi di hujung meja bilik konferens yang besar, di lengkapi alat audio yang terkini.

Tangan menarik kerusi, membaling dirinya dan terlantun sedikit oleh spring yang masih ketat. Semua mata memandang dengan cuak. Tapi Husin tersenyum-senyum manis cuba menutup kekalutan yang dicipta. Tuan Sahak membaca semula wasiat yang terhenti.

Husin menadah telinga dan matanya juga terbuntang bulat mendengar habuan yang diterima bekas pemandu Anuar. Sebuah rumah di Los Angeles. Wah ! Soalnya macam mana si pemandu hendak ke LA sedangkan dia tidak di bekalkan tiket ke sana, kata hati Husin. Dia memandang ke arah pemandu yang botak, sengihnya melebar apabila di beritahu selain rumah itu, dia bakal di beri wang simpanan yang lebih dari cukup untuk ke LA, pergi dan balik berkali-kali. Bahkan membolehkan dia berpoya-poya di sana. Husin jadi cemburu.

“Husin Ahmad…” suara Tuan Sahak tinggi, semacam ada rasa tidak senang pada peguam itu. Dia memang tidak suka orang yang tidak pandai mengurus masa. Padanya orang yang tidak pandai mengurus masa adalah orang yang gagal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2010 12:16 AM | Show all posts
Reply 104# marcell


   Yeay ! And i will cook for you gulai lemak pucuk paku , nasi semak, dan beli mentakab ! he he he ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 12:17 AM | Show all posts
YANG tidak Tuan Sahak tahu kenapa Husin lambat adalah, pergelutan yang tercipta antara Bitter Gondol dan Si Bunga Tahi Ayam, sebelum dia keluar pagi tadi. Ada ke patut Husin dengan sengaja meletakkan tong sampah di tempat parkir kereta Zafira. Apa lagi terkeluarlah suara kutuk mengutuk di antara dua orang itu. Sudah jadi macam anjing dan kucing. Mojo yang sedang tenang menghirup kopi di kedai Mamak terpaksa berlari untuk meleraikan mereka.

“Macam budak kecik !” tingkah Mojo.

“Yang dia pergi siram loafer aku siapa suruh !” balas Husin tidak puas hati. Dia tahu, mesti Si Bunga Tahi Ayam itu yang punya angkara. Habis loafer basah lencun dan berbau masam.

“Yang awak pergi jemur loafer tu kat situ buat apa ! Situ kan longkang…”

“Hei…longkang ni punya la panjang kat situ juga nak curah …apahal !”

“Sudah la wei ! Karang aku karate ko kang …” Mojo menolak Husin masuk ke dalam kereta.

Pintu Mini Austin di tutup dan dia membuat isyarat blah sekarang atau aku sekeh kepala ko.

Kereta dihidupkan dan muka Husin memang bengang habis. Dia perhati dari cermin pandang belakang dan rasa hendak melanggar Mojo yang sedang terlintuk liuk. Ulat bulu betul !

“Sorry Cik Zafira….maafkan dia…kureng sikit kat sini…” katanya menunjuk pada kepalanya. Mojo si petualang bangsa. Manis sahaja kata-katanya memujuk Cik Zafira yang extra beautiful pagi itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 12:18 AM | Show all posts
Reply  Kia_picanto

OK sangat....dapat tengok gambo jadi le he he he

dan utk ko aku tepek n3 m ...
detox Post at 5-10-2010 00:12



   hehehe... ingat memang nak beli bawak balik.. tapi takde duit nak beli sobenior utk org.. kene menyimpan duit skang nih.. unless time saya balik mesia, saya beli utk makan ramai2 ok kot.. hem.. boleh la gitu.. saya beli utk makan ramai2 ker..
nanti masa balik mesia nak jupe 3 serangkai budak sengal kat umah KAWAN (Ruhil) tuh.... masa baca ari tuh macam umah detox dekat ngan umah bunick.. boleh kot dtg serang umah detox.. time tu dok buat pesta coklat ok gak
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:20 AM | Show all posts
Reply  marcell


     Yeay ! And i will cook for you gulai lemak pucuk paku , nasi semak, dan beli mentakab ! he he he ;)
detox Post at 4-10-2010 17:16


nieeeeeeeee.... mesti hamann suka nasi semak sis detox...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 12:23 AM | Show all posts
NAMANYA di panggil sekali lagi, kali ini lebih keras lagi. Husin mengangkat muka. Dadanya berdebar menanti apakah yang ditinggalkan Anuar untuknya. Apakah kereta sport yang bersusun-susun itu. Paling dia geram Audi R8 yang tidak pernah sekali di benarkan dipandu. Ataupun paling tidak Yacht yang sekarang terdampar di jeti dekat Pulau Langkawi.

“Husin Ahmad, kamu….” Suaranya ditinggikan lagi apabila melihat Husin sudah tersenyum berangan.

Dia henti sebentar, geli juga hatinya melihat reaksi lelaki itu, nampak sangat dia tidak sabar-sabar hendak tahu apa yang akan di terima dari Anuar Hilmi.

“…kamu di amanahkan menjaga Adam Hadi bin Anuar yang berusia enam tahun.”

Terlopong Husin dan jadi bodoh sekejap dia. Dia menggosok telinganya berkali-kali.

“Tuan …. Betul ke ? Saya di amanahkan menjadi penjaga pada Adam ?”

“Ya….saya masih boleh membaca dengan jelas. Mata saya masih elok dan terang Encik Husin bin Ahmad.”

“Er….Adam saja ? Lain ? Audi R8 ?” Husin jadi tidak malu. Semalam dia mimpi memandu Audi R8 idamannya. Tak mungkin lah mimpinya tidak menjadi kenyataan. OH TIDAK !!!!!

Tuan Sahak tersengih, yang lain juga turut tersengih dan ketawa kecil. Mana kan tidak semua yang hadir dapat harta, Husin yang kelam kabut dapat seorang anak dan ….

“Em, ada, tentu ada yang lain, Anuar adalah sahabat karib kamu bukan ?”

Husin lega. Mesti Anuar hadiahkannya sesuatu yang hebat juga, seperti orang lain. Husin tidak kisah kalau tidak di beri duit atau tanah atau rumah atau gedung. Dia hanya mahukan salah satu dari berbelas kereta sport Anuar. Itu saja.

“Seekor kucing bernama Dengut !”

Terburai ketawa semua yang hadir. Husin terperosok di kerusi. Seorang budak lelaki dan seekor kucing. Just great !

Adam  yang dari bilik sebelah terus berlari mendapatkan Husin. Dia memeluk Husin dengan senyuman lebar.

“Emmm…err…..Hai Adam !” Husin tidak tahu hendak berbuat apa, dia tunduk dan mencium kepala Adam. Semua mata tertumpu ke arahnya.

“Aaaa so sweetttttt….” Kata seorang perempuan di hujung bilik dan semua yang ada di dalam bilik itu mengulang kata.

Husin termanggu-manggu. Ketika itu jugalah seekor kucing hitam legam datang menerpa ke arahnya, menggesel-geselkan badannya membuatkan Husin geli. Bagaikan berada dalam mimpi yang tidak berapa best, hati Husin luluh. Tak dapat Audi, tapi Adam ! Mana tak hatinya bengkek sikit. Mahu saja dia semak surat wasiat di tangan Tuan Sahak. Hmmm...Kasihan Husin !
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:24 AM | Show all posts
hehehe... ingat memang nak beli bawak balik.. tapi takde duit nak beli sobenior utk org.. kene menyimpan duit skang nih.. unless time saya balik mesia, saya beli utk makan ramai2 ok kot.. hem.. boleh la gitu.. saya beli utk makan ramai2 ker..
nanti masa balik mesia nak jupe 3 serangkai budak sengal kat umah KAWAN (Ruhil) tuh.... masa baca ari tuh macam umah detox dekat ngan umah bunick.. boleh kot dtg serang umah detox.. time tu dok buat pesta coklat ok gak
Kia_picanto Post at 4-10-2010 17:18


hmmm nak join jugaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 12:27 AM | Show all posts
Reply 105# Kia_picanto


   tu la sini cadbury la yang kira affordable.......tu pasal aku ckp korang untung leh makan chocs sedap2, sini quality dah tak best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 12:28 AM | Show all posts
Reply 109# Kia_picanto


   tak apa, dont worry.......yang penting bila ko balik dalam keadaan selamat....aku dok sg buloh, bunick putrajaya...tapi boleh..rumah ku tu sentiasa terbuka untuk korang semua.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 12:29 AM | Show all posts
Reply 110# marcell

ok nanti kita buat with sambal ikan bilis...kalau nak lagi best kita balut ngan daun pisang...baru la semak ! ahahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:31 AM | Show all posts
Reply  marcell

ok nanti kita buat with sambal ikan bilis...kalau nak lagi best kita balut ngan daun pisang...baru la semak ! ahahahahahah
detox Post at 4-10-2010 17:29

hahahahahhaha... tak tahan nak gelak juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 12:33 AM | Show all posts
next year if marcell confirm  come to malaysia i will bring i full basket of german chocs for u. ...
marcell Post at 5-10-2010 00:13


wah bagus2 tentu kami tertunggu kedatang marcell nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:34 AM | Show all posts
hmmm nak join jugaaaaaaaaaa
marcell Post at 5-10-2010 00:24



   kita balik end of dis..jan tu dah kene tempah ngan budak2 ber3 tuh..
marcell bila balik????
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:37 AM | Show all posts
kita balik end of dis..jan tu dah kene tempah ngan budak2 ber3 tuh..
marcell bila balik??? ...
Kia_picanto Post at 4-10-2010 17:34


dont know...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:37 AM | Show all posts
Reply  Kia_picanto


   tu la sini cadbury la yang kira affordable.......tu pasal aku ckp korang ...
detox Post at 5-10-2010 00:27



   ala.. sama la kat sini.. nak yg sedap mahal... kendo buenos kat sini pon 3 peket kecik tu dah 2 euro.. harus aku nangis dapat makan seciputnasib baik coklat kegemaran aku tuh sekeping 80 sen... siap ade badam lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.057083 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list