CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 0

Air mata iringi kemenangan sulung Russell, Mercedes

[Copy link]
Post time 14-11-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode

RUSSELL (kanan) meraikan kemenangan satu dunia dengan Hamilton untuk Mercedes di GP Brazil. FOTO EPA

Sao Paulo: Pelumba Mercedes, George Russell meraikan kemenangan sulung Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) dengan tangisan apabila dia menamatkan perlumbaan di Brazil dengan kedudukan satu dua bersama rakan sepasukan yang juga juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton.

Russell turut mencatatkan masa pusingan terpantas di Interlagos dan kejayaan itu selepas kemenangan acara pecutan pada Sabtu untuk bermula di petak utama, adalah kemenangan sulung Mercedes musim ini, selepas sembilan kemenangan berturut-turut dirangkul juara baharu, Red Bull.

"Ini baru permulaan," jerit Russell menerusi radio pasukan selepas dia diumumkan sebagai pemenang yang ke-113 dalam sejarah sukan itu.

"Saya tahu kami boleh melakukannya. Saya mungkin perlukan tisu, saya menangis."


Hamilton yang memegang rekod dengan kemenangan 103 perlumbaan dan muncul juara tiga kali di Brazil, mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukannya.

"Dia cemerlang di pusingan kelayakan semalam, jadi dia memang berhak menang hari ini. Ini adalah keputusan yang menakjubkan," kata pemandu berusia 37 tahun itu selepas kemenangan satu dua pelumba Britain kali pertama sejak 2010 apabila dia yang memandu McLaren pada musim ini menewaskan rakan sepasukan, Jenson Button di Kanada.

Ia adalah kali pertama sejak kejuaraan bermula pada 1950 apabila lagu kebangsaan Britain, 'God Save the King' berkumandang di podium majlis penyampaian hadiah F1.

Perlumbaan GP kedua terakhir musim ini menyaksikan kereta keselamatan terpaksa tampil dua kali apabila Hamilton yang baru dianugerah warganegara kehormat Brazil berlaga dengan juara dunia dua kali dari Red Bull, Max Verstappen.

Mercedes kini ketinggalan 19 mata di belakang Ferrari yang menduduki tempat kedua kategori pengeluar apabila pemandunya, Carlos Sainz dan Charles Leclerc menduduki tempat ketiga dan keempat.

Ferrari memutuskan untuk tidak mengeluarkan arahan pasukan sekalipun Leclerc bersaing sengit dengan pemandu Red Bull, Sergio Perez untuk menduduki tempat kedua kejohanan.

Verstappen yang sudah sah sebagai juara dunia kali kedua membantu Leclerc dan enggan memberikan tempat keenam kepada Perez, sekalipun pasukan mengarahkannya berbuat demikian jika tidak mampu memintas pelumba Alpine, Fernando Alonso di tempat kelima.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-russell-mercedes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036472 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list