CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

Al-Attiyah makin hampir juarai Rali Dakar

[Copy link]
Post time 11-1-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode

AL-Attiyah dan pembantunya Mathieu Baumel memacu jentera Toyota ketika peringkat kesembilan Rali Dakar semalam.

Riyadh: Pemandu Qatar, Nasser Al-Attiyah semakin hampir mempertahankan gelaran Rali Dakar tetapi perlumbaan peringkat kesembilan semalam dibayangi kematian pelancong dari Itali.

Penonton malang terbabit yang berdiri di belakang benteng berpasir dirempuh kereta rali dan mati ketika dibawa ke hospital oleh helikopter, menurut penganjur, Amaury Sport Organisation (AMO) dalam satu kenyataan.

Perlumbaan sejauh 358km itu mengharungi wadi, ngarai dan bukit berpasir menyaksikan pemandu Toyota Al-Attiyah, 52, menamatkan cabaran dengan ketinggalan 11 minit (m) 8 saat (s) di belakang pemenang peringkat ke-9 yang juga juara rali dunia sembilan kali, Sebastien Loeb.

Namun, tekanan ke atas Al-Attiyah berkurangan selepas pencabar dari Afrika Selatan, Henk Lategan berdepan masalah mekanikal dan kehilangan 40 minit.

Al-Attiyah masih mendahului dengan 1 jam 21 minit ke atas seorang lagi pelumba Toyota dari Brazil Lucas Moraes manakala Loeb ketinggalan 19 minit di belakang.

"Hari ini kami melakukan tugas dengan sangat baik tanpa kesalahan dan masalah," kata Al-Attiyah yang berazam menjadi juara dua kali berturut-turut selepas kejayaan 'Mr Dakar' Stephane Peterhansel pada 2016/17.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-juarai-rali-dakar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040090 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list