View: 1094|Reply: 3
|
Escapism, mesej lagu paling sedih di dunia
[Copy link]
|
|
RAYE
Escapism, mesej lagu paling sedih di dunia
BERNUANSA atau bertemakan muzik R&B electropop hip-hop, penyanyi muda kelahiran London, United Kingdom, Raye mencipta fenomena luar biasa menerusi karya berjudul Escapism.
Turut menampilkan penyanyi rap, 070 Shake, lagu tersebut perlahan-lahan mendaki carta popular dunia dan sehingga artikel ini ditulis, kedudukannya berada di tangga pertama carta Today’s Top Hits.
Pertama kali penulis mendengar Escapism di corong radio mahupun menerusi laman penstriman, terdetik di fikiran bahawa tidak lama lagi, karya tersebut hanya menunggu masa sesuai menjadi yang paling popular di dunia.
Mesej sosial, depresi
Kini sudah terbukti apabila Escapism mula bergerak ke arah tersebut dan menjadi siulan ramai peminat global.
Saat mendengar karya tersebut, pantas memberi rasa bahawa lagu ciptaan Rachel Keen, Mike Sabath dan Danielle Balbuena ‘bunyi’ yang begitu dekat dengan penulis.
Rasa macam bukan lagu baharu yang perlu diberi pengenalan ke halwa telinga. Rasa seperti ‘lagu lama’ yang diberi nafas baharu, namun sebenarnya, realitinya bukan begitu.
NAMA Raye ketika ini sedang mendunia apabila lagu Escapism menjadi siulan global.
Pertama sekali, ingin menyentuh tentang mesej yang disampaikan menerusi lagu.
Escapism mendedahkan bagaimana segelintir manusia yang patah hati atau depresi memilih jalan ‘pintas’ untuk pulih. Kebanyakan memilih untuk terlibat dengan najis dadah, minuman keras dan hubungan seksual.
Sejauh atau sedalam mana penafian, kita semua ingin hilang daripada rasa dicurangi atau dibohongi. Tiada siapa di dunia ini suka rasa bobrok berada dek terpuruk dalam fasa tersebut.
Sebagai manusia biasa yang tidak boleh lari daripada sifat lemah, kadang-kadang, kita ingin hilang daripada emosi-emosi ‘sedih’ sampai ada yang memutuskan bertemu jalan salah kerana itulah lorong yang paling pantas.
Adunan muzik hebat, rakaman terbaik
Demikian rasa hati penulis mendengar lagu Escapism. Terang-benderang walaupun komposer mahupun penggubah lagu menggunakan taktik bermadah dalam penulisan. Bukan hanya sebuah lagu, Escapism merupakan satu penceritaan sosial.
Raye sebagai pelantun lagu, dia memberi lembaran baharu dalam dunia R&B. Menggabungkan unsur rap dan electropop bersama rapper 070 Shake, pertama sekali, Raye bukan hanya menyampaikan vokal dengan cemerlang, malah turut serta adalah lirik, ‘beat’ serta visual.
KARYA cemerlang Raye dalam Escapism yang mengadunkan rap dan electropop.
Disebabkan semua kualiti tersebut yang dijalankan bersama dengan 070 Shake, lagu berkenaan kini menjadi sebuah hit yang secara organik mendaki carta demi carta.
Komposisi muzik yang diadun dengan sangat cemerlang berpotensi untuk dinamakan sebagai Rakaman Lagu Terbaik. Buat penulis secara peribadi, lagu tersebut barangkali bunyi ‘beat’ sangat membahagiakan tetapi disimpulkan dengan mesej tersirat.
Kalau diselam lebih mendalam, Escapism terkandung lirik yang sangat puitis dan membuatkan jiwa berada dalam posisi menyedihkan. Boleh terbayang lagu tersebut menjadi tema untuk siri popular dengan elemen sosial sama iaitu, Euphoria.
‘Be at peace with the things you can’t change’. Demikian baris tulisan lirik dalam Escapism. Mendalam dan memberi 1,001 maksud buat mereka yang berdepan realiti sama.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... ing-sedih-di-dunia/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bijaknya sheols dia release yg versi sped up sebab yg tu lagi laku |
|
|
|
|
|
|
|
so masih boleh buat duit jua |
|
|
|
|
|
|
| |
|