View: 543|Reply: 0
|
Damok bukan pelengkap litar
[Copy link]
|
|
DAMOK perlu pamer aksi kompetitif di Kejohanan Motosikal Dunia 2023.
Kuala Lumpur: Penampilan musim penuh pertama pelumba negara, Syarifuddin Azman di Kejohanan Motosikal Dunia 2023 bukan sekadar pelengkap di atas litar, sebaliknya dia perlu mempamerkan aksi kompetitif di pentas perlumbaan berprestij itu.
Perkara itu ditegaskan pengurus pasukan ZK Racing yang juga bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin yang berkata Syarifuddin atau Damok mempunyai pakej lengkap bersama pasukannya, MTHelmets-MSI dalam saingan Moto3.
"Saya yakin pasukan memberikan kepercayaan tinggi kepada Damok dengan meletakkan krew yang bagus untuknya. Kita juga akan bawa krew sokongan dari Malaysia untuk Damok pada musim baharu nanti.
"Harap sedikit sebanyak ia akan membantu meningkatkan keyakinan Damok. Sudah semestinya saya mengharapkan Damok berada di kedudukan kompetitif sebab dalam saingan Moto3, kadang-kadang pada satu ketika anda mungkin berada di kedudukan ke-25 tetapi ia tidak jauh dengan kedudukan pertama.
"Sebab itu saya yakin Damok ada pengalaman yang baik mengenai situasi ini. Saya cuma harapkan dia dapat mengawal tekanan dan berlumba dengan baik," katanya.
Tahun lalu, Damok memperoleh peluang menyertai saingan Moto3 menerusi 'tiket wildcard' sebanyak empat kali iaitu di GP Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia.
Dari empat perlumbaan itu, pencapaian terbaiknya adalah meraih penamat ke-16 pada GP Malaysia Oktober lalu selain pernah meraih tempat ke-13 saingan GP Aragon pada 2021.
Kejohanan Motosikal Dunia dijadual membuka tirainya di Grand Prix (GP) Portugal dari 24 hingga 27 Mac ini sebelum beralih ke GP Argentina, 31 Mac hingga 2 April nanti.
Sebanyak 21 pusingan dijadual berlangsung pada musim ini dengan Malaysia dijadual menjadi tuan rumah bagi pusingan ke-19 dari 10 hingga 12 November.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-pelengkap-litar |
|
|
|
|
|
|
| |
|