|
Edited by Afie13 at 23-2-2023 07:14 PM
Gosip terbaru katanya dah bercerai
Kuala Lumpur: Pelakon Hafidz Roshdi, 29, didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29
Sumber Harian Metro berkata, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.
Difahamkan juga, isterinya bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Shuhada.
Terdahulu, beberapa hari lalu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka yang bermasalah sudah kembali jernih.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Hafidz juga memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangganya itu.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
Gosip terdahulu
Kuala Lumpur: Belum reda kisah rumah tangga beberapa pasangan selebriti, timbul pula cerita baharu membabitkan pelakon kacak berusia 20-an yang dikatakan curang dengan wanita lain.
Menurut sumber Harian Metro, hubungan terlarang pelakon lelaki yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu sudah diketahui isterinya.
Episod kecurangan pelakon lelaki yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan pencarian 'hero' suatu ketika dahulu terbongkar ketika isterinya memeriksa mesej di telefon.
Tindakan itu dibuat berdasarkan naluri isteri yang melihat banyak perubahan berlaku dalam diri suaminya.
Luluh hati isteri pelakon lelaki yang berimej 'alim' itu apabila membaca mesej yang dihantar daripada skandal suaminya yang berunsur lucah dan menjijikkan.
Menguatkan lagi dakwaan kecurangan itu apabila pelakon lelaki terbabit memadam gambar isterinya di Instagram dan membiarkan gambar bersama dua anak saja.
Sumber Harian Metro berkata, isteri pelakon itu mengambil pendekatan berdiam diri kerana sedar dirinya adalah orang biasa dan tidak bekerja selain hanya bergantung harap dengan suaminya.
Malah, pelakon itu didakwa sudah mula buat hal sejak mereka dikurniakan cahaya mata pertama lagi...
...Ni IG story yg dimuatnaik oleh isteri pelakon terbabit semalam
Adakah hafidz akan terus menafikan kecurangannya mcm dalam temubual dia sebelum ni??
Kenyataan athira yuhada
Kenyataan isteri hafidz
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|