CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

'Badan saya sudah lunyai' - Azizulhasni

[Copy link]
Post time 28-2-2023 11:07 AM | Show all posts |Read mode

AZIZULHASNI kandas di pusingan lapan terakhir acara pecut. FOTO Azizulhasni Awang

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengakui keadaan fizikalnya sudah 'lunyai' hingga menyebabkan dia terlepas peluang mencipta kejutan dalam acara pecut pada Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), semalam.

Sebelum itu, pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik 2020 berusia 35 tahun itu tewas kepada pelumba Israel, Mikhail Yakovlev pada peringkat lapan terakhir di Velodrom Jakarta, sekali gus terlepas peluang merebut tempat di pusingan separuh akhir acara pecut.

Azizul berkata, pada perlumbaan suku akhir itu menyaksikan dia tidak boleh memecut seperti biasa berikutan keadaan fizikal mengalami kekejangan sekali gus terpaksa memberikan kemenangan kepada lawan.

Katanya, walaupun berjaya menumpaskan Mikhail pada pusingan pertama, namun pada baki dua perlumbaan pula menyaksikan pelumba Israel itu memiliki sedikit kelebihan sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

"Di perlumbaan penentuan (ketiga) saya tidak dapat memecut seperti biasa kerana ada beberapa bahagian badan yang kekejangan justeru memberikan kemenangan kepada pihak lawan.

Kalau diambil kira dengan keadaan fizikal yang lunyai kepenatan kerana terpaksa mengharungi banyak perlumbaan pada hari sebelumnya, pada pendapat saya catatan kemungkinan boleh sedikit pantas dan keputusan akhir perlumbaan juga kemungkinan boleh lebih baik.

"Namun, saya bersyukur dengan pencapaian pada perlumbaan pertama tahun ini dan ia adalah satu permulaan yang amat baik untuk diri saya di dalam kempen kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024. Saya yakin yang prestasi saya akan terus meningkat naik dari masa ke semasa," katanya.

Mengikut rekod, The Pocket Rocketman yang menjalani pembedahan jantung terbuka pada April lalu meraih perak acara kegemarannya, keirin, di belakang juara dunia tiga kali berturut-turut, Harrie Lavreysen dari Belanda manakala Yakovlev membawa pulang gangsa.

Seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak dapat beraksi hari ini kerana mengalami kecederaan selepas berlanggar dengan Sam Dakin dari New Zealand pada saat akhir perlumbaan keirin malam kelmarin.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi gagal melepasi pusingan pertama acara keirin wanita.

Kejohanan di Jakarta, yang pertama daripada tiga siri Piala Negara-Negara itu, adalah kejohanan pertama menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -lunyai-azizulhasni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049694 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list