Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abdullah bin Sa'id, diceritakan oleh Abu Khalid Al Ahmar, daripada Katsir bin Zaid, daripada Rubaih bin Abdurrahman bin Abu Sa'id Al Khudri, daripada ayahnya (Abdurrahman bin Abu Sa'id Al Khudri), daripada Abu Sa'id,
"Rasulullah s.a.w. pernah keluar bersama kami. sementara kami saling mengingatkan tentang Al Masih Ad Dajjal.
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mahukah aku beritahukan kepada kalian tentang sesuatu yang lebih aku khuatirkan terhadap diri kalian daripada Al Masih Ad Dajjal?"
Abu Sa'id berkata, "Kami menjawab, "Tentu."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Syirik yang tersembunyi.
Iaitu seseorang mengerjakan solat dan memperelokkan solatnya dengan harapan agar ada seseorang yang memperhatikannya."
(Hadith Ibnu Majah no. 4194)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|