CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Kedah] Polis buka kertas siasatan kononnya kedai jual mercun meletup

[Copy link]
Post time 18-4-2023 08:29 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar menunjukkan video tular di aplikasi Tik Tok berhubung kejadian berkenaan.

Alor Setar: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran satu video yang tular di aplikasi Tik Tok berhubung kejadian kedai menjual mercun meletup berhadapan kedai menjual telefon pintar di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, laporan polis itu dibuat pada 11.30 malam tadi.

Beliau berkata, ia berkaitan video tular melalui aplikasi TikTok Oh Bulan yang menular kejadian itu kononnya berlaku di daerah ini, semalam.

"Bagaimanapun hasil siasatan mendapati, kejadian itu tidak berlaku di Alor Setar sebaliknya berlaku di kawasan pentadbiran Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, atau denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Shukri turut menasihatkan semua individu supaya tidak sewenang-wenangnya memviralkan isu berita palsu yang akan menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jual-mercun-meletup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.112628 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list