CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada halangan anjur solat sunat Aidilfitri di kawasan lapang

[Copy link]
Post time 18-4-2023 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 18-4-2023 07:05 PM

Tiada halangan anjur solat sunat Aidilfitri di kawasan lapang

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  18 April 2023   03:45pm





Ahmad Zakiyuddin




GEORGETOWN - Pulau Pinang memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang ingin menganjurkan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di kawasan lapang atau terbuka namun perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, penganjur yang ingin berbuat demikian perlu memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah ketika solat secara terbuka dijalankan.

"Kerajaan negeri tidak halang jika ada mana-mana pihak yang ingin menganjurkan solat sunat Hari Raya di tempat terbuka atau di kawasan lapang.

"Bagaimanapun dengan syarat penganjur mesti memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah," katanya selepas menghadiri program sumbangan Hari Raya Aidilfitri SMS Deen Jewellers di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, MAINPP juga tiada masalah untuk meluluskan permohonan daripada mana-mana pihak sekiranya mereka mahu menganjurkan solat sunat tersebut di dalam dewan.

"Kita ada banyak masjid yang selesa untuk tunaikan solat sunat Hari Raya, kemudahan sedia ada (di masjid dan surau-surau di negeri ini) adalah lebih baik digunakan untuk menunaikan solat berkenaan.

"Lebih baik kalau dianjurkan di tempat-tempat biasa kita gunakan, yang tidak perlu buat lebih persediaan. Bagaimanapun, jika masih ada penganjur yang mahu mengadakannya di kawasan lapang atau tempat terbuka, MAINPP tak ada masalah dan kita tidak menghalang," katanya.

Sebelum ini, solat sunat Aidilfitri di seluruh Perlis tahun ini digalakkan dilaksanakan di tanah lapang (musolla) yang diselaraskan pada jam 8 pagi seperti pelaksanaan pada tahun sebelum ini.


Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pemilihan tanah lapang berkenaan adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing di seluruh Perlis.

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin menegaskan, tiada keperluan untuk Pulau Pinang untuk mengadakan solat sunat Istisqa buat masa ini berikutan cuaca panas yang dijangka berpanjangan sehingga Ogos.

"Kita belum bincang lagi tentang perkara itu, solat sunat Istisqa ini akan dilaksanakan ketika musim kemarau panjang, tetapi buat masa ini musim panas masih di peringkat awal," katanya.

Pakar Klimatalogi, Dr Fredolin Tangang telah memberi amaran awal bahawa cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ogos ekoran perubahan kitaran musim kepada Monsun Barat Daya.

Beliau berkata, monsun tersebut mengakibatkan cuaca paling kering dengan suhu maksimum melebihi 35 darjah Celcius, terutamanya di Semenanjung Malaysia.



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.086714 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list