CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5157|Reply: 18

perlu check horoskop keserasian pasangan ke?

[Copy link]
Post time 7-12-2010 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Salam,,,

Aku rase xde lg thread pasal nie. Lau ade momod lock yer. TQ... korang yg sedang bercinta nie perlu ke x check horoskop utk pastikan keserasian pasangan b4 kawen? contohnya perempuan lahir horoskop Libra elok cari pasangan dari horoskop aquarius gitu. biasenya lelaki ke perempuan belek horoskop keserasian pasangan? jom share pendapat... TQ semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 10:30 AM | Show all posts
xperlu..knape perlu cek horoskop?
bknnye smua betol
(alamak aku pompuan)
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:30 AM | Show all posts
orang yang tak percaya kat jodoh, kat qada dan qadar Tuhan je yang buat mende2 ni. rasanya sume orang tau yang mende ni dikira menilik nasib dan boleh jatuh hukum syirik. tak payahlah buang2 masa nak tengok mende ni, kalau compatible sekali pun blom tuh tuh jodoh dan akan kekal selamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 11:00 AM | Show all posts
orang yang tak percaya kat jodoh, kat qada dan qadar Tuhan je yang buat mende2 ni. rasanya sume oran ...
cik.panda Post at 7-12-2010 10:30



    betul tu cik pan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:55 PM | Show all posts


bacaan untuk rakan-rakan beragama Islam



sumber : http://www.zaharuddin.net/soal-j ... tahu-masadepan.html

SOALAN


Assalamualaikum, ustaz...... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.


JAWAPAN

Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran      

b) Hadith Sohih dan Hasan      

c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)

Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .
SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI

Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.

Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)

Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:

Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)

Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.

Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.

Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya.

Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.

NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.

Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )

Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka' juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
19 Januari 2010
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 09:02 PM | Show all posts
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )

Suka Dengan ayat Nie.....Agak agak Berapa Kerat  Orang Melayu islam  yang suka berbomoh Mampo baca ayat nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2010 11:32 PM | Show all posts
xpayah percaya horoskop ke tilik2 ke..aku xpcya org mampu leh tgk masa depan..nanti ko sendiri yg merana..padahal benda tu tipu..dulu aku ikut kwn aku brubat..tibe2 makcik ni tgk tgn aku n dia ckp bukan2 tntg bf aku(kini suami)aku mmg xnak percaya tp sedikit sebanyak leh rosakkan pikiran kita..akhirnya ketakutan sendiri,pikir bukan2..last2 gaduh pada benda yg xbetul akibat kebodohan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 12:00 AM | Show all posts
X pernah nk percaya horoskop ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 01:42 AM | Show all posts
mempercayai kpd ramalan astrologi hukumnya adalah haram dan berdosa.ia ditolak kerana percaya pada perjalanan bintang utk menentukan nasib & personaliti seseorg yang ternyata bercanggah dgn kehidupan manusia. Sedangkan Allah tidak menjadikan bintang untuk menentukan kehidupan manusia. Begitu juga penetapan tingkah laku dan untung nasib seseorang bukan berdasarkan bentuk anggota seseorang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 11:39 AM | Show all posts
x perlu, tp sila cek samada dia ada HIV atau talasemia.... untuk keserasan hidup gak nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 12:54 PM | Show all posts
x perlu, tp sila cek samada dia ada HIV atau talasemia.... untuk keserasan hidup gak nih.....
carly_lah Post at 8-12-2010 11:39



   erkk penting ni mekasih sebab ingatkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 04:40 PM | Show all posts
Reply 11# cik.panda

tp, pompuan selalunya ada gen talasemia nih..... (gen ker??)..... kalu x bleh nak derma darah masa bujang tuh, elok le p cek.. kot2 ada gen talasemia nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 07:54 PM | Show all posts
tak perlu nk check..apatah lg percaya..kalau ikut zodiak..pisces sama pisces tak sesuai gitu...motivo weols oke jah selama ni? iols rasa keserasian tu boleh dibina...walaupon take time..dan masa utk adapt dengan psangan tu berlainan..bergantung dengan didikan yang uols dengan pasangan terima dari kecik..serta persekitaran sepanjang uols berdua membesar...means..kawan2 dan ahli keluarga uols mcm mana, pendidikan uols dll...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 08:13 PM | Show all posts
Bab tilik bintang ni x ambik tahu, tapi tgk bintang untuk tentukan arah Utara & panduarah mmg ade belajar la. Ilmu berguna tanpa kompass / GPS hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 10:48 AM | Show all posts
baik check hiv
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 10:52 AM | Show all posts
drpada telek horoskop, baik telek2 kat poket dia....

btw, main telek2 nie TT, u nie muslim ker??saja tnya..jgn mare....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 11:49 AM | Show all posts
mostly ramai jgk yg dok belek2 page horoskop etc cleo, remaja wlpun dlm hati kecilnya berkata "bukan leh caya pn"
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 12:06 PM | Show all posts
mostly ramai jgk yg dok belek2 page horoskop etc cleo, remaja  wlpun dlm hati kecilnya berkata  ...
kegimaru Post at 9-12-2010 11:49



   cek for fun jah katanya, takde la sampai percaya sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 12:17 PM | Show all posts
muslim la... mane tau ade org taksub dgn horoskop nie... tnya pndpt x salah kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.901872 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list