CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Kedah] Lima beranak pilu beraya tanpa ketua keluarga

[Copy link]
Post time 4-5-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode

NORATIKAH Said di samping dua daripada empatnya anaknya hidup serba daif setelah kini menumpang teduh di sebuah rumah wakaf di Kampung Teluk Dalam, Bukit Pinang Alor Setar. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH

   

POKOK SENA: Kedatangan Syawal tahun ini tidak bermakna buat Noratikah Said, 50, dan empat anaknya yang kehilangan ketua keluarga seminggu sebelum Ramadan lalu akibat kanser peti suara.

Menurut Noratikah, suaminya, Abu Hanifah Ismail, 60, menghembuskan nafas terakhir setelah lebih enam tahun menderita penyakit tersebut.

“Tahun ini, kami sekeluarga sambut puasa dan raya tanpa arwah. Memang terasa kehilangan arwah terutama anak-anak yang masih kecil. Puasa dan raya macam biasa sahaja tak rasa nak raikan. Persiapan raya pun tak ada.

“Apa pun kami sekeluarga reda kerana itu ketentuan Tuhan,” katanya ketika ditemui di rumah wakaf yang ditumpanginya di Kampung Teluk Dalam, Bukit Pinang di sini hari ini.

Cerita wanita itu, arwah suaminya disahkan tiada harapan untuk sembuh pada hujung tahun lepas apabila ketumbuhan di peti suaranya membesar walaupun pernah dibedah sebelum ini.

“Hujung tahun lepas arwah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah kesihatannya semakin buruk.

“Kami juga dimaklumkan arwah sudah tiada harapan dan akan ‘pergi’ bila-bila masa sahaja,” katanya.

Selepas kematian suami, kata Noratikah, kini tanggungjawab menjaga empat anak mereka termasuk seorang yang mengalami masalah pembelajaran di bahunya.

Buat masa ini, katanya, hidupnya bergantung harap kepada anak sulungnya, Muhammad Sufyan, 22, yang bekerja sebagai tukang membaiki paip air.

“Semasa suami masih hidup, saya dan arwah jahit baju tetapi selepas jatuh sakit kami berhenti. Hidup pun makin susah sehingga kami terpaksa menumpang di sebuah rumah wakaf di madrasah ini. Nasib baik anak sudah bekerja, jadi dia yang bantu semua.

“Dua anak saya, Fatimah Azzahra, 15, dan Aisyah Umairah, 6, masih belajar dan Ainatul Sufiyah, 18, pula orang kurang upaya (OKU). Arwah dahulu ada dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 untuk penyakitnya tetapi kini sudah ditamatkan,” katanya.

Menurutnya, di sebalik kesukaran itu dia berjanji untuk sedaya upaya membesarkan anak mereka dengan sebaik mungkin.

“Sekarang masih dalam tempoh ‘edah’ lepas ini mungkin saya akan bekerja termasuk membuat kuih-muih untuk tampung belanja kami sekeluarga,” katanya.

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional, 0299 5411 0022 5676 (Noratikah Said).-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... npa-ketua-keluarga/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.136746 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list