CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Bawa ke parlimen, saya sedia bertempur' - PM Anwar

[Copy link]
Post time 6-5-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode
'Bawa ke parlimen, saya sedia bertempur' - PM Anwar


M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]



ANWAR sedia berentap dalam mendapatkan keabsahan sebagai Perdana Menteri di Parlimen. FOTO Danial Saad.




Permatang Pauh: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan cukup bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan agar membawa usul berkenaan ke Sidang Parlimen bulan ini.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau bukan Perdana Menteri yang takut seperti pimpinan terdahulu apabila memilih menangguhkan Sidang Parlimen dan mengisytiharkan darurat bagi mengelak 'bertempur'.

Katanya, pihak yang yakin mempunyai sokongan cukup Ahli Parlimen bagi menukar kerajaan, boleh membawa usul undi percaya kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan keabsahan.

"Sebab itu apabila ada pertelingkahan mengenai kestabilan dalam negara, saya tegas menyatakan saya bukan mantan Perdana Menteri yang elak berentap dalam mendapatkan keabsahan.

"Mantan Perdana Menteri dulu memilih isytihar darurat dan tangguh Parlimen. Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan sekarang memilih berdepan dan bertempur di Parlimen jika mereka ada angka yang cukup seperti dikatakan.

"Jadi dengan kenyataan ini, saya mahu matikan sebarang kenyataan yang ganggu gugat kestabilan negara, saya yakin kita ada angka yang ampuh, kita masih bertahan dengan angka 148 (Ahli Parlimen) dan jika mahu dicabar, cabar di Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan beliau sama sekali tidak akan menghalang usul bagi mencabar kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan di Parlimen.

Bagaimanapun, tegasnya usul itu perlu dijadikan penamat kepada segala pertelingkahan yang timbul bagi membolehkan urusan pentadbiran negara berjalan lancar.

"Saya nak matikan desas desus (perubahan kerajaan), jika benar ada angka, jangan mengigau, mempersulitkan rakyat, cari Ahli Parlimen menyokong mereka, bawa usul, saya tak akan elak daripada membentangkan usul undi percaya atau tak percaya.

"Kita akan adakan sidang dalam tempoh dua minggu lagi, kalau ada angka bawa dan saya akan berdepan dan bertempur di Parlimen.

"Tapi syaratnya biar ini jadi episod terakhir supaya kita boleh tumpu perhatian untuk membangunkan negara, ketika ini dalam tempoh beberapa bulan Kerajaan Perpaduan memerintah, kita tambah hasil negara dan tiada kontrak diberikan kepada anak beranak," katanya.



Disiarkan pada: Mei 6, 2023 @ 2:48pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas. Berani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.057515 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list