CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pasang pam pastikan bekalan air cukup di kawasan berdepan krisis

[Copy link]
Post time 7-5-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Pasang pam pastikan bekalan air cukup di kawasan berdepan krisis


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 7, 2023 @ 4:22pm [email protected]




Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek




NIBONG TEBAL: Semua langkah berkaitan termasuk pemasangan pam sudah diambil bagi memastikan beberapa kawasan di Nibong Tebal yang sebelum itu dilaporkan berdepan krisis air mendapat bekalan mencukupi.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya terus komited memastikan rakyat di kawasannya yang terjejas mendapat bekalan air yang cukup termasuk ketika tempoh Ramadan lalu dan perayaan Aidilfitri.

"Kita memang maklum dengan isu ini (krisis air) dan mengambil semua langkah memastikan bekalan air sentiasa mencukupi di kawasan terbabit.

"Ini menunjukkan kita ada komitmen besar khususnya berkaitan pemasangan pam untuk memastikan masalah air ini dapat diatasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keadaan terkini beberapa kawasan Nibong Tebal yang sebelum itu dilaporkan mengalami krisis air susulan kadar air di dua empangan di Pulau Pinang yang semakin menyusut berikutan cuaca panas dan boleh menyebabkan kawasan dilanda krisis berkemungkinan menjadi semakin kritikal.

Selasa lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang dan Empangan Teluk Air Itam, Pulau Pinang.

Operasi dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pembenihan awan diperlukan memandangkan kapasiti air di dua empangan terus menyusut kerana kekurangan taburan hujan di kawasan tadahan air, termasuk musim kemarau berpanjangan serta permintaan air yang tinggi di negeri itu.

Pada awal tahun ini, kapasiti efektif empangan Air Itam merekodkan 82.5 peratus dan Teluk Bahang merekodkan 64 peratus.

Semakan di laman sesawang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) semalam, mendapati kapasiti empangan Air Itam merekodkan 41.5 peratus, manakala Teluk Bahang pula 48.4 peratus.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058101 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list