CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis Pulau Pinang tidak pernah tolak permohonan permit agama

[Copy link]
Post time 8-5-2023 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Polis Pulau Pinang tidak pernah tolak permohonan permit agama


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



DATUK Mohd Shuhaily Mohd Zain. FOTO Mikail Ong.




Georgetown: Polis Pulau Pinang menegaskan tidak pernah menolak permohonan permit keagamaan atau membelakangi apa-apa berkaitan polisi kerajaan.

Ia susulan hantaran di laman sosial Facebook (FB) dimuatnaik seorang individu yang mendakwa Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan dengan sengaja melengah proses kelulusan permit perarakan keagamaan di daerah itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ada permit yang diluluskan secara bersyarat kerana pihaknya perlu mengambil pertimbangan daripada maklum balas masyarakat setempat berkaitan dengan sensitiviti, keselamatan peserta perarakan dan kegusaran orang ramai sebelum ini.

Katanya, permit yang dikeluarkan dengan bersyarat adalah demi menjaga keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman awam.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan siasatan menyeluruh berkaitan fitnah yang dikeluarkan terhadap pihak polis juga prosedur pengeluaran permit yang ditetapkan.

"Kes akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan sudah selesai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mendapat maklumat lanjut dan belum ada keterangan direkod daripada individu itu.

"Apa juga kerajaan yang memerintah sebelum ini, PDRM tetap teguh beri bantuan.

"Jika didapati berlaku kekurangan, tindakan tatatertib akan dilakukan," katanya lagi.

Terdahulu, individu berkenaan (David Marshel) didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kelulusan permit bagi perarakan pedati untuk upacara keagamaan penganut Hindu di daerah itu.

Lelaki berkenaan mendakwa Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern enggan dan sengaja melambatkan proses kelulusan permit berkenaan.

Antara kandungan yang dinyatakan menyebut beberapa permohonan kuil ditolak atas sebab tidak munasabah sekali gus menidakkan hak penganut agama Hindu yang mahu mengadakan upacara keagamaan.

Susulan itu, Lee membuat laporan polis bagi menyiasat pemilik akaun Facebook berkenaan.



Disiarkan pada: Mei 8, 2023 @ 12:24pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.036112 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list