CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 1

[Pulau Pinang] LRT Pulau Pinang: Rakyat setuju pengumuman PM

[Copy link]
Post time 9-5-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-5-2023 11:34 AM

LRT Pulau Pinang: Rakyat setuju pengumuman PM

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   09 Mei 2023    10:27am





Laporan Sinar Harian pada Sabtu.




GEORGETOWN - Rata-rata penduduk di Pulau Pinang menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kebanyakan mereka yang ditemui amat gembira dan tidak sabar untuk menikmati perkhidmatan awam itu dilaksanakan di negeri ini sekali gus dapat mengurangkan masalah lalu lintas yang membelenggu rakyat Pulau Pinang sejak puluhan tahun lalu.

Pemilik Kafe Bricklin Cafe & Bar, Syaffiq Idham Zulkifli, 30-an berkata, sebagai rakyat, beliau sangat setuju dengan pembinaan LRT di Pulau Pinang kerana dapat membantu aliran trafik yang semakin hari semakin sesak.

"Malah ia juga selari dengan arus kemajuan negeri selain untuk kemudahan serta keselesaan rakyat.

"Sudah semestinya dengan adanya LRT di sini nanti, ia dapat membantu aliran trafik yang semakin hari semakin sesak dengan kenderaan bermotor di jalan raya," katanya.

Penolong Pengurus, Nor Izzawani Mahmud, 41, pula berkata, dengan adanya perkhidmatan LRT di Pulau Pinang, ia akan menjimatkan masa selain tidak perlu membuang masa mencari tempat parkir kenderaan.

"Apabila dah ada perkhidmatan awam yang lebih efisen, orang ramai tidak perlu lagi membawa kenderaan masing-masing. Ia akan mengurangkan pencemaran udara dan tidak perlu buang masa tunggu bas, sebab kadang-kadang bas tak tepati masa.

"Selain itu, LRT ini satu perkhidmatan awam yang lebih selesa untuk pengguna berbanding bas selain ia memudahkan pergerakan pengguna. Dan semestinya, ia akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Pulau Pinang," katanya.


Perkara yang sama turut diakui Suraya Hani Abdul Halim, 41, yang berpendapat selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, ia juga memudahkan pergerakan pelancong luar yang t datang ke negeri ini.

"Sangat setuju sebab utama, mesti lah boleh kurangkan kesesakan lalu lintas. Selain itu, ia dapat memudahkan pergerakan pelancong dan juga mereka yang tinggal luar dari Pulau Pinang.

"Seperti saya, apabila projek LRT siap nanti, saya tak perlu memandu dari Kuala Lumpur ke sana lagi untuk pulang ke kampung. Hanya naik kapal terbang, selepas itu di Pulau Pinang boleh guna LRT saja untuk ke sana sini. Saya tak perlu hadap kesesakan lalu lintas di lebuh raya dan sekitar Pulau Pinang," ujarnya.

Dalam pada itu, peguam, Aznil Majid, 31 berkata, sebagai anak Pulau Pinang, dia berasa bangga dan tidak sabar untuk menikmati perkhidmatan LRT di negeri ini.

"Saya tak sabar kerana saya lihat LRT ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang kerana masalah ini semakin hari semakin membimbangkan. Saya pasti, bukan saya saja yang menunggu LRT ini, malah ramai lagi.

"Sebagai penduduk dan pengguna, saya menyahut baik inisiatif ini dan mengharapkan yang terbaik untuk Pulau Pinang pada masa akan datang. Cuma saya berharap agar kawasan LRT ini diperluaskan sehingga ke seberang bagi menghubungkan kawasan pulau dengan seberang," katanya.

Pekerja swasta, Razman Mohd Ali, 33 berkata, pelaksanaan LRT di Pulau Pinang dapat mengurangkan pemanasan global dan pencemaran alam sekitar.

"Idea untuk melaksanakan LRT di sini amat-amat dialukan. Tambahan pula, Pulau Pinang kini antara bandaraya paling sibuk selain mempunyai jumlah kenderaan yang amat tinggi.

]"Rakyat Pulau Pinang telah sekian lama berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk terutamanya di kawasan perindustrian dan bandar. Dengan adanya perkhidmatan ini, saya yakin, masalah ini dapat dikurangkan," katanya.

Kakitangan kerajaan, Watawa Nataf Zulkifli, 30 an berkata, pengumuman yang dibuat Anwar itu dilihat satu hadiah paling istimewa buat rakyat Pulau Pinang.

"Sebagai salah seorang yang berulang alik dari daerah Barat Daya ke Timur Laut, saya menyambut baik cadangan ini yang mana, tujuan asalnya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas

"Cuma, bagi saya, kerajaan kena perhalusi lebih banyak pelan contohnya di dalam kawasan Bayan Baru, Bayan Lepas dan Sungai Ara yang mana kesesakan kawasan tersebut sangat kritikal pada waktu puncak.

"Ini kerana, laluan itu melibatkan 'inter cross' untuk ke kawasan perindustrian," katanya.

Sabtu lalu, Anwar mengumumkan bahawa Kerajaan Pusat akan menambah dana dalam satu skim yang besar untuk melaksanakan perkhidmatan LRT di Pulau Pinang.

Anwar berkata, beliau akan mengadakan satu mesyuarat bersama kerajaan negeri untuk membincangkan perkara tersebut dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Tambah Anwar, beliau juga mengarahkan supaya Projek PSI dikaji semula dan mengecilkan skopnya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2023 03:39 PM | Show all posts
Projek LRT Bayan Lepas: Gerakan bimbang hanya 'gula-gula' PRN

oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN   09 Mei 2023 03:07pm





Laporan Sinar Harian pada Selasa. (Gambar kecil: Baljit)




GEORGETOWN - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bimbang sekiranya rakyat 'digula-gulakan' berkaitan pelaksanaan segera projek Transit Aliran Ringat (LRT) Bayan Lepas Pulau Pinang.

Naib Presiden Gerakan, Datuk Baljit Singh berkata, pilihan raya semakin dekat dan pihaknya bimbang jika ia hanya dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi.

"Saya bimbang projek ini hanya 'gula-gula' yang ditaburkan kerajaan campuran dan negeri.

"Lebih menyedihkan sekiranya terjadi projek gajah putih seperti yang berlaku pada projek terowong dasar laut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Baljit berkata, lebih baik kerajaan DAP menyelesaikan beberapa isu penting yang kini sedang berlaku di Pulau Pinang seperti percerobohan, pengambilan tanah, masalah feri, banjir, keselamatan penduduk daripada warga asing dan penempatan semula yang melibatkan penduduk setempat.

Beliau juga turut mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh mengatakan bahawa projek tersebut akan bermula pada pertengahan tahun hadapan sedangkan banyak isu utama belum diselesaikan.

"Saya rasa sebaik sahaja projek ini beroperasi, pelbagai isu lagi akan timbul kerana ini melibatkan banyak pihak termasuk tanah penduduk, struktur bangunaan dan paling penting masjid-masjid dan rumah ibadat.

"Saya berharap perancangan dan penelitian harus dibuat sebelum melaksanakan projek ini bukan sekadar janji manis sahaja. Malah ia tidak banyak membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang," katanya lagi.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.034702 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list