CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: ischae

***For The Rest of My Life - Maher Zain (U)***

[Copy link]
Post time 21-12-2010 07:23 PM | Show all posts
ischae..mane entry lg..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 10:40 PM | Show all posts
best2.. hepi je diorang... best frenz forever..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 10:58 PM | Show all posts
best prez 4 ever....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 11:08 AM | Show all posts
salam semua...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 09:08 PM | Show all posts
nextttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 09:46 PM | Show all posts
ischae kebizian...takpe rela menanti.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2010 03:23 AM | Show all posts
uiks citer ober c...i looiiiikkkeee!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 08:49 PM | Show all posts
nexttttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 09:09 PM | Show all posts
cerita baru......best.........
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 06:53 AM | Show all posts
best...sambung lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2010 01:44 AM | Show all posts
errrr dah edit first post. dah ada prolog and tambah2 sikit. nanti ada dua cite, dia dan aku bab 4 xsiap lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2010 10:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by ischae at 28-12-2010 10:51

Bab 4: Aku



Genap seminggu bekerja di sini, aku sudah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran di MGF Corporation. Emak sudah boleh melepaskan nafas lega melihat anak lelaki kesayangannya kini sudah bekerja di pejabat dan mempunyai pendapatan tetap. Dulu aku bukannya kerja tak bergaji, tapi kata emak, dengan gaji sikit camtu, macam mana aku nak menanggung isteri aku nanti. Emak pun tau, sampai sekarang aku masih tidak mempunyai sesiapa, masakan aku mau beristeri sekarang. Walaupun hatiku pernah terdetik, tapi itu cerita dahulu. Emak...emak...


Ku pandang refleksi sendiri di balik cermin. Rambutku yang sedikit panjang sudah ku potong kemas. Jambang yang disimpan selama tiga tahun terpaksa kukorbankan. Berbuih-buih mulut emak menyuruh ku menggunting jambang tersebut. Selama ni, ku sangka emak seorang je yang berani menegur perihal jambangku, rupanya anak saudara kembar dua orang tu pun sama.


"Uncle, daddy said you're a lawyer, but why must you keep that beard? It's definitely not a lawyer's style." Rungut Abidin ketika aku mengusiknya dengan jambangku. Dia menjerit kegelian.


Oh, bukan anak buahku saja. Gadis yang kutemui semasa membeli-belah di outlets pun cakap camtu. Diorang taktau, ni sunnah Nabi tau, aku bukan sesaja nak simpan panjang, belaku sendiri. Aku pun tau jaga hygiene, setiap tiga hari aku kemaskan jambang tu. Aku tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa tersebut.


"Ni senyum sorang-sorang ni kenapa? Angau?" Tegur Naufal kuat. Naufal yang mula-mula menegur pada hari pertama ku pantas saja menjadi teman baikku di sini. Sikapnya yang peramah sedikit menyenangkan hati, sekaligus mengurangkan kegusaranku tentang pengalaman hari pertama bergelar penasihat undang-undang di sini.


"Assalamualaikum Naufal."


"Alah kau ni Umar, aku lupa nak bagi salam tadi. Assalamualaikum ya Umar! Pagi-pagi senyum sorang-sorang ni kenapa?" tanya dia lagi.


"Senyum tu kan sedekah."


"Kasi sedekah kat cermin depan lif ni kenapa? Baik kasi sedekah kat aku ada faedahnya." Gurau Naufal.


Aku melemparkan senyuman paling manisku buatnya. Senyum tu kan sedekah, tak rugi senyum banyak-banyak di pagi hari pun.


"Ya Allah, ayan ke apa ni? Kau dah sarapan? Jom teman aku makan kat kafe." Naufal menepuk dahi.

************

Usai bersarapan, aku bergegas ke tingkat 8, bahagian sumber manusia untuk menyerahkan borang maklumat diri yang Kak Mila, penolong pengurus bahagian sumber manusia serahkan Jumaat lalu. Dia terlupa nak serahkan sewaktu hari pertama aku masuk kerja. Nasib baik bosnya tengah cuti. Aku pun belum berjumpa dengan bos Kak Mila. Katanya lagi, bos garang, kalau dia marah, semua orang jadi batu. Aku tergelak mendengar kata-kata Kak Mila, tak logic sangat hyperbola yang dia guna.


“Opss, I’m sorry. Saya nak cepat.” Tiba-tiba bahuku dilanggar orang dari belakang.


“It’s okey. Masa memang mengejar kita.” Gadis yang melanggar aku mengangkat muka mendengar jawapanku. Dia mengangguk kepalanya hormat sebelum berlalu pergi.


Entah apa lah yang dikejar gadis itu, desisku dalam hati. Segera kuselesaikan urusanku dengan Kak Mila di pejabatnya.


“Umar, bos dah masuk kerja. Selalu dia terus nak jumpa orang baru. Tapi hari ni takde pulak dia cakap nak jumpa Umar. Busy kot, maklum lah baru balik cuti.” Kak Mila melaporkan maklumat kepada ku. Hebat sungguh, baru je kerja sini dah ada dua orang jadi penyampai maklumatku. Kak Mila dan Naufal.


“Ye ke kak? Bos akak tu okey ke?” ujarku sekadar berbasa-basi, ye lah, kalau tak cakap pape nanti dicop sombong pulak.


“Ish, bos akak lah bos yang paling baik di dunia tau. Awat tanya camtu? Takut ke nak jumpa dia?” Tanya Kak Mila pula.


“Ala, bos akak tu bukan cannibal kan? Kenapa saya nak takut pula?” Aku terus meminta diri ke tingkat 9, ke ruang pejabatku.


Kak Mila hanya tersengih mendengar kata-kataku.


“Hang jangan dengar sangat gossip-gossip pasal bos akak tu ya Umar.” Jerit Kak Mila perlahan, sekadar didengari olehku.

**********

Kedengaran ketukan perlahan di pintu pejabatku. Naufal bergegas masuk.


“Wei, kau dah jumpa Hannah?”


“Assalamualaikum Naufal.”


“Alah Umar ni. Terkena lagi sekali aku. Assalamualaikum dan waalaikumussalam Umar. Kau dah jumpa Hannah?” Naufal menggaru-garu kepala yang tak gatal.


“Setakat ni saya belum jumpa lagi orang bernama Hannah kat sini. Kenapa?”


“Ala, bos besar kat bahagian HR tu, kau tak jumpa dia lagi?” Aku menggeleng lalu menyambung bacaanku yang terganggu. Banyak lagi dokumen syarikat yang belum aku baca. Dari pembacaanku, MGF Corporation merupakan pengeksport dan pengimport utama produk makanan halal di Malaysia.


Sebenarnya tugasku bukan lah sebagai peguam pejabat, sesuai dengan kelayakanku. Tapi menurut Tan Sri Razlan, CEO syarikat, aku bertugas di bawah Datuk Ismail, penasihat undang-undang senior. Memandangkan aku mempunyai ijazah sarjana muda undang-undang dari UIA, pengalamanku semasa di kampus sedikit sebanyak akan berguna ketika berurusan dengan pegawai-pegawai dari JAKIM. Maklum lah, hal halal dan haram adalah menjadi sensitiviti utama umat Islam di sini ketika membeli makanan. Tanggungjawab yang kugalas amat penting bagi syarikat.


“Ooo, lewat petang nanti ada lah tu dia panggil kau mengadap.” Tutur Naufal lagi.


“Nanti kau dah jumpa dia, bagitau aku ek? Awek aku tu.” Aku hanya mengangguk, mata terus khusyuk membaca. Oh, awek dia rupanya, patutlah sibuk sangat nak tau. Maklumat tu aku cerna diam-diam.


“Apa kata lunch nanti kita makan sama-sama? Boleh lah, nanti aku ajak Hannah sekali.” Ya Allah belum habis lagi cerita dia pasal Hannah. Sendiri tanya, sendiri yang jawab pulak tu.


“Insya-Allah Naufal. Saya nak habiskan pembacaan saya ni. Nanti kena sediakan laporan.” Ujarku lembut, meminta diberikan ruang.


Naufal mengangkat tangan sambil beredar dari situ. Aku mengangkat muka melihat kelibat dia. Alahai akauntan muda ni, kalau nak jumpa kekasih pun janganlah gunakan aku sebagai alasan.


Kata emak lagi, aku kalau sudah asyik dengan kerja, memang takkan hiraukan orang di sekeliling. Bila dah kerja nanti, jangan lah sombong ya Umar, nanti orang tak suka. Jangan malu nak bertanya kalau tak tau, nati sesat jalan, nasihat emak sementara membantu aku memasukkan pakaian ke dalam beg. Sukarnya emak nak melepaskan ku pergi, padahal aku hanya berhijrah ke Kuala Lumpur, bukan ke Illinois macam Abang Muaz sekeluarga.


“Ye la, abang kamu tu dah jauh pergi oversea. Kat rumah ni orang laki tinggal ayah je. Nanti kalau ada pape, nak harapkan Fatimah, suruh dia pakai mekap tau lah.” Aku tergelak kecil. Ni kalau Fatimah tau mesti dia merajuk emak kata camtu.


“Emak ni, semua tu kan ‘kalau’. Firman Allah, kun fayakun, jadilah, maka jadilah. Benda nak jadi, bukan tunggu Umar pergi nanti emak. Kita bersangka baik lah dengan Allah.” Aku mengalunkan dua rangkap terakhir dari surah Yasin seraya memujuk emak.


“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)


“Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Yassin : 83)


“Insya-Allah Umar jaga diri baik-baik kat sana. Emak doakan yang baik-baik juga untuk Umar juga ye” Emak memeluk aku tidak lepas. Hajah Kalsum ni bukannya tidak tau semua ni, namun naluri hati seorang ibu membuatkan emak lemah seketika. Apalah yang sedang emak buat sekarang kat rumah, ayah mesti sedang mengajar mengaji di masjid. Fatimah pula ke sekolah. Rindunya kat emak…

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 06:19 PM | Show all posts
ischae

dah xde entry ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 11:40 AM | Show all posts
Salam ischae.... Naufal tu nakal2 manja budaknya.... Kalau buat salah.... magic wordnya...... "Sayang Mak long"..... nak ambik hati mak long dia lah tu......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.450900 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list