CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Perlis] 'Laluan sukar PN di Pulau Pinang'

[Copy link]
Post time 10-7-2023 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 10-7-2023 07:46 PM

'Laluan sukar PN di Pulau Pinang'


Oleh Aizat Sharif - Julai 10, 2023 @ 7:24pm  bhnews@bh.com.my




Muhammad Faiz menyampaikan elaun sara hidup Nelayan pada Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM bersama Nelayan Negeri Perlis di Simpang Empat, Kangar. NSTP/Aizat Sharif




KANGAR: Perikatan Nasional (PN) dijangka berdepan laluan sukar bagi memenangi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Faiz Fadzil, berkata beliau melihat sentimen PRN jauh berbeza dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, di mana gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat tampak yakin dalam menguasai keseluruhan kerusi DUN di negeri berkenaan.

"Saya berpendapat bahawa sentimen sewaktu PRU15 lalu jauh berbeza berikutan kempen yang dijalankan oleh setiap parti itu lebih menjurus kepada pentadbiran kerajaan di peringkat Pusat.

"Oleh itu, pada waktu itu juga, kita tidak 'turun' ke bawah untuk berkempen tentang prestasi negeri sedangkan rakyat Pulau Pinang sendiri tahu tahu bagaimana prestasi kerajaan negeri ketika itu.

"Angan-angan ini memanglah mudah, namun hakikatnya sukar untuk PN menguasai dan menang di Pulau Pinang," katanya selepas Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM bersama Nelayan Negeri Perlis, di Dewan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Perlis Selatan di Kuala Sungai Baru, di sini hari ini.

Selain itu, Muhammad Faiz yang juga Pengerusi LKIM berkata, rakyat Pulau Pinang pastinya mahu mengekalkan kerajaan negeri sedia ada susulan pencapaian baik ditunjukkan kepimpinan sebelum ini menerusi pemberian insentif, pengurusan pentadbiran dan pertambahan ekonomi yang cemerlang berbanding negeri lain.

"Rakyat mahu melihat pembangunan di Pulau Pinang berterusan kerana ia juga dapat memberi kemakmuran kepada mereka pada masa hadapan.

"Malah saya juga yakin yang rakyat Pulau Pinang tidak mahu menjadi seperti rakyat Kelantan, Terengganu dan Kedah yang masih mundur akibat daripada kelemahan tadbir urus kerajaan negeri sebelum ini," katanya.

Muhammad Faiz berkata, kehadiran jumlah pengunjung yang ramai dalam siri kempen dan ceramah PAS adalah perkara biasa sejak dari dahulu lagi.

"Namun begitu, perkara itu tidak boleh dijadikan sebagai indikasi memandangkan rakyat akan membuat pilihan sebaiknya dengan berpandukan kepada prestasi dan kemampuan parti bertanding untuk menguruskan pentadbiran kerajaan negeri.

"Tidak ada satu pun pencapaian PAS yang boleh dibanggakan untuk dijadikan sebagai penanda aras prestasi mereka, malah saya merasakan rakyat Pulau Pinang juga sudah selesa bersama PH dengan dibantu kekuatan BN untuk mengukuhkan sokongan pengundi Melayu," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052178 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list