|
Ampang Jaya: Bimbang emas yang digadai untuk membayar 'scammer' diketahui suami menyebabkan seorang tukang cuci sanggup membuat laporan palsu konon diperas ugut RM25,000 oleh individu menyamar polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, wanita warga Indonesia berusia 53 tahun itu membuat laporan polis pada 22 Jun lalu menyatakan ketika berada di Bandar Baru Ampang, dia didatangi pasangan memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta kad pengenalan.
Menurutnya, mereka mendakwa mangsa terbabit kes jenayah dan meminta wang tunai RM25,000 untuk dilepaskan.
"Susulan itu, pada jam 6 petang Rabu lalu, polis menahan wanita terbabit di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kerana disyaki membuat laporan palsu.
"Ppolis membuat rampasan sesalinan laporan polis asal dan tiga keping resit bank bertarikh 20 Jun lalu," katanya dalam kenyataan hari.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala ujian air kencing adalah negatif dadah.
"Soal siasat mendapati dia membuat laporan palsu adalah kerana enggan berterus terang dengan suami berkaitan emas yang digadaikan untuk pembayaran kepada pihak disyaki scammer.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 384/170/182 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada kesalahan pemerasan/menyamar penjawat awam dan memalsukan keterangan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dai-diketahui-suami |
|