CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Selangor] 'Ulat' ditahan ketika pancing pelanggan di KLIA

[Copy link]
Post time 20-7-2023 08:45 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Sepang: Memujuk dan merayu-rayu, itu taktik 'ulat' kereta sewa bagi memancing penumpang yang tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam satu hantaran di Facebook berkata, seorang lelaki ditahan anggota penguat kuasa semasa suspek cuba memujuk seorang warga tempatan untuk menggunakan perkhidmatannya, di sini semalam.

"Suspek memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada seorang penumpang dari KLIA2 ke KLIA dengan kadar tambang RM40.

"Sebuah kenderaan Volkswagen Jetta berserta pemandu ditahan dan disita semalam untuk siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan ulat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000.

"Suspek juga boleh dipenjarakan tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali malah individu yang bersubahat juga boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 243(1) akta sama.

"Orang awam dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di KLIA dan KLIA2 atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-pelanggan-di-klia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.037085 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list