|

Dua unit mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terbakar dalam kejadian di sebuah bank di Auto City, Jalan Perusahaan Bukit Tengah,Bukit Mertajam. FOTO Ihsan JBPM
Bukit Mertajam: Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Auto City, Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini, terbakar pagi tadi.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai, Muhammad Huzaini Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.50 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian untuk operasi memadamkan kebakaran terbabit
"Apabila tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan dua unit mesin ATM yang terbakar antara 20 dan 70 peratus.
"Bagaimanapun, kebakaran itu telah dipadamkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Juru," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi kejadian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.46 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mesin-atm-terbakar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|