CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cendawan^Stylo

FILEM KONGSI - LU LANGSI LU MATI

  [Copy link]
Post time 20-5-2011 10:56 AM | Show all posts
mungkin cariforumer nak samalan citer ni ngan setem...setem tentu lebih baik jalan citer nyer yer ta ...
abgboroi Post at 19-5-2011 23:31


no doubt setem berkali2 lebih baik...tk heran pn sebab filem tu datang dari pengarah dan penulis yg mmg hebat skali skil penceritaannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2011 11:07 AM | Show all posts
Reply  AMDTurion

depa dok tgk citer omputeh slalu kot filem nie ada kelemahan tp aku x kisah.. ...
mimi77 Post at 20-5-2011 09:19


byk u can expect dari cite komedi...in fact cite komedi memberi pengarah lebih byk kebebasan dari cerita serius dan masuk ke dalam territory yg sensitip but u still can get away with it...
aku tk payah bg contoh filem luar...amik contoh filem2 p ramlee..nujum pak belalang misalnya yg bg aku satu filem yg sgt provokatif..tiada filem dalam sejarah m'sia yg berjaya membadutkn watak seorang sultan seperti yg nujum pak belalang lakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 11:28 AM | Show all posts
Reply 180# saudagar_mimpi

ya...tentu la ada d sebalik cerita...tp..biasa la..org kita..akan nanti kuar ayat "sy bukan p ramlee..sy ada cara sy sndiri"

apepun...filem nie...cuma klakar tang cara depa ckp saja..lain2 longgar...n x kemas cara edit filem nie...tu yg aku nampak la..aksi kejar2 antara sam dgn fizo pun ...alahai....malas makcik nk komen

terlebey plak...

apepun...kalau ada sambungan kongsi2 nie...hrp FK ambik iktibar....bljr dr kesilapan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 11:51 AM | Show all posts
bagus btol strategi pemasaran david teo walaupun filem biasa2 je..lepas ni makin ramai la pelakon nak belakon bawah produksi dia sebab bleh dapat bonus ribu riban..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 11:53 AM | Show all posts
filem yang dpt review tak berapa bagus dari wartawan dpt kutipan juta2. Filem yang dipuji2 jln citer cam citer CUN  tu x ramai yg tengok pulak....
tp kalo filem lakonan Sam..mmg ramai jer yg nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 12:01 PM | Show all posts
merong pun terkial2 nak kutip 7 juta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2011 12:11 PM | Show all posts
entah...motif cite ni langsung aku x paham...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 12:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Lembaga at 20-5-2011 12:17

biaq betui 7 juta...masyuk giler david teo...

aku tunggu tayangan di Astro First ajerlah..
boleh tengok banyak kali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2011 12:16 PM | Show all posts
biasa2 je citernya..CUN..memang lagi besh
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 12:17 PM | Show all posts
filem yang dpt review tak berapa bagus dari wartawan dpt kutipan juta2. Filem yang dipuji2 jln citer ...
Orange_7491 Post at 20-5-2011 11:53



btol3...sb de sam la dorg byk dpt kutip juta2... caya lah sam!! dgr kata,yg dah tgk ni ckp cte xla powe mane pn...huhuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 01:24 PM | Show all posts
aku nk g tgk sam je...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 01:28 PM | Show all posts
Kongsi Catat Sejarah Kutip 1 Juta Tayangan Hari Pertama

Mensasarkan 10 juta kutipan untuk Kongsi, penerbit filem tersebut, David Teo, memberitahu, kutipan pada hari pertama filem arahan Farid Kamil itu telah pun dapat mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya mendapatkan kutipan sebanyak 1 juta.

David Teo menyifatkan kutipan itu bukan sahaja telah melakar sejarah dalam industri perfileman tempatan bah juga setaraf dengan kutipan filem antarabangsa khususnya di Hollywood.

"Pembukaan untuk hari pertama Kongsi saja sudah dapat 1 juta. Memang cipta sejarah dan untuk satu abad ini. Kejayaan ini setaraf dengan Hollywood dan saya sangat gembira.

"Kutipan ini juga berjaya menewaskan kutipan filem Farid Kamil sebelum ini iaitu V3: Samseng Jalanan yang mendapat kutipan 600, 000 ribu pada tayang hari pertama," katanya kepada murai.com.my membuka cerita gembira mengenai kutipan pembukaan filem Kongsi itu.

Tutur David Teo lagi, kejayaan Kongsi disebabkan tiga faktor iaitu gandingan penerbit, pengarah dan pelakonnya.

"Inilah hasil gabungan tiga eleman yang berjaya. Kekuatannya kerana pengarah iaitu Farid Kamil, pelakonnya utamanya iaitu Shaheizy Sam dan barisan pelakon yang lain serta saya sendiri sebagai penerbit. Saya yakin melihatkan angka kutipan hari pertama, akan merealisasikan sasaran kami sebanyak 10 juta akan tercapai," jelasnya lagi.

Selain itu kata David, Kongsi turut mengetengah elemen mesej berguna serta perpaduan secara tersirat.

'Dalam filem ini walaupun mengenai aksi dan komedi kita masih ada mesej. Ada babak dalam filem ini yang mana gangter Cina dan India membantu polis menangkap pembunuh upahan dari Thailand lakonan Sam. Itu antara mesej yang perpaduan berguna jika dilihat dengan betul yang ada dalam file mini," jelasnya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai kejadian dia tiba-tiba naik hantu dengan beberapa wartawan hiburan tatkala sesi preview filem berkenaan didakan baru-baru ini, David Teo serta merta telah menafikan perkara tersebut.

"Saya tak naik angin, saya cuma menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan. Mungkin ada yang salah faham kerana suara saya agak lantang dan kuat. Kalau anda kenal saya, pastinya tahu saya tak pernah bercakap perlahan. David Teo sentiasa bercakap kuat.

"Mungkin dia yang terasa apabila saya bercakap dengan kuat. Malah, apabila dia bertanya soala, saya menjawab soalan itu. Mungkin dia tak dapat menerima jawapan yang saya berikan kerana seolah-olah saya mengajar dia pula tentang filem ," katanya.

Menjawab persoalan mengenai filem tersebut yang dikatakan longgar daripada isi cerita serta teknik kameranya, kata David perkara itu salah semata-mata.

"Sesiapa sahaja ada hak untuk bercakap tentang teknik kamera tak bagus atau tak cantik. Ada yang cakap kenapa saya guna soft fokus?. Tapi di sini saya mahu beritahu dalam filem aksi, pasti kita guna teknik hand held dan kalau mereka yang tahu tentang teknik itu pastinya akan mengetahui bagaimana hasilnya.

"Malah, semua filem aksi akan guna teknik sebegitu. Isi cerita longgar atau kurang dialog, saya nak jelaskan, sememangnya filem aksi kurang dialog tapi banyak aksi. Semua itu telah kita teliti dan ia bukannya disebabkan kelemahan dari sudur pengarahan," katanya lagi.

Filem arahan Farid Kamil telah pun dibuka tayangan sejak minggu yang lalu. Selain Shaheizy Sam, filem tersebut turut dibintangi oleh Fizo Omar, Yana Samsudin, Bront Palarae serta Putri Mardiana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 01:39 PM | Show all posts
aku tak suka FK mengarah....tapi suka SAM.......tgk sbb SAm
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 02:23 PM | Show all posts
best sgt ke ceta ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 02:30 PM | Show all posts
tak best tp di sebabkan org pakat dok was-was "betui ka citer ni tak best.. tak pa, aku gi tgk wayang dulu"... tup2.. taniah rm7 juta telah dlm tangan (ntah betul ke tak.. takut propa jer ni.. hu3)
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 02:41 PM | Show all posts
sebab tu sebelum tgk citer, baca review dulu...jgn main langgar je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2011 02:52 PM | Show all posts
harga branag naik pun ramai gak gi tgk wayang...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 02:53 PM | Show all posts
tak best tp di sebabkan org pakat dok was-was "betui ka citer ni tak best.. tak pa, aku gi tgk wayan ...
hasell Post at 20-5-2011 14:30


kalo camtuh...ada kaa yg dah pi tengok tu rasa tertipu @ nyesal? Aku rasa 50-50 kot sbb puas tgk lakonan Sam jerrr....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 03:06 PM | Show all posts
Org gi tgk sbb ada Sam, citer x le best mn pun...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 04:33 PM | Show all posts
David teo the new shaw brothers.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059947 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list