View: 5307|Reply: 11
|
ASTRO tawar Protokol Internet Televisyen (IPTV) 100 megabit sesaat?
[Copy link]
|
|
Apa yang korang tahu pasal Protokol Internet Televisyen (IPTV) yang astro nak buat tu??
up skit....
KUALA LUMPUR 21 Dis. - MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (Astro) telah memeterai perjanjian dengan TIME dotCom Bhd. (TdC) bagi meningkatkan perkhidmatan televisyen dan jalur lebarnya kepada 167,000 kediaman di 780 unit kediaman berbilang (MDU) atau apartmen di Lembah Klang dan Pulau Pinang dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Astro dalam kenyataannya di sini, perjanjian tersebut dimeterai setelah pelaksanaan ujian penyediaan Protokol Internet (IP) enam bulan lalu yang mana keputusan yang dicapai adalah positif.
Melalui kerjasama itu, pelanggan Astro yang mendaftar perkhidmatan Protokol Internet Televisyen (IPTV) di bawah perjanjian bersama TdC akan menikmati perkhidmatan jalur lebar sehingga 100 megabit sesaat.
Sehubungan itu, pelanggan menerima perkhidmatan Astro Beyond, termasuk perkhidmatan Definasi Tinggi (HD), Rakaman Video Peribadi (PVR), Video Atas Permainan (VOD) serta kelebihan kapasiti untuk menyokong penggunaan peranti seperti komputer riba dan telefon bimbit.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, TdC merupakan rakan pilihan memandangkan keupayaannya untuk membekalkan kelajuan pada kadar 100 megabit sesaat kepada MDU, sekali gus membolehkan Astro memberikan perkhidmatan terbaik.
"Lebih-lebih lagi Astro Beyond yang dilancarkan tahun lalu telah meningkatkan permintaan perkhidmatan HD dan PVR," kata beliau.
Pengendali rangkaian sistem televisyen berbayar itu juga mengharapkan kerjasama yang dimeterai merupakan salah satu kelebihan bagi meningkatkan jumlah pelanggannya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TdC, Afzal Abdul Rahim berkata, usaha sama itu menandakan kejayaan perkhidmatan multimedia dan internet menyeluruh kepada rumah kediaman di negara ini.
"Rangkaian disediakan oleh TdC yang berasaskan gentian optik 100 peratus adalah paling mantap dan stabil di negara ini dan menyokong tawaran IPTV oleh Astro.
"Gentian ini akan disambungkan terus ke rumah pengguna bagi menjamin kelajuan konsisten yang diperlukan oleh IPTV dan juga kualiti internet," katanya.
Kata beliau lagi, perkhidmatan tersebut telah dilancarkan secara agresif ke rumah kediaman pada tahun lalu.
Kedua-dua pihak mahu pelanggannya memperolehi pengalaman menikmati siaran televisyen dan kemudahan internet yang lebih baik bagi memanfaatkan sepenuhnya kemudahan digital yang ada. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tiru unifi kot nih.. guna fibre-optic |
|
|
|
|
|
|
|
dey .. Time da lama ada fibre optic daa .... unifi da ketinggalan baru nk buat .. |
|
|
|
|
|
|
|
dey, aku maksudkan Astro.. bukan time.. nk tiru iptv unifi sbb future of HDTV adalah cable, bukan satelite |
|
|
|
|
|
|
|
o...maknenye piring satelite dah takguna lagi lar ek tak lame lagi.... so, spatutnye takkan ada lagi lar masalah takde siaran bila mendung/hujan....?? btui tak? |
|
|
|
|
|
|
|
kos die mahal sgt tu... mklumlar fiber obtic tu beb..... |
|
|
|
|
|
|
|
Entah berapa bayaran bulanan ? kalau sampai 400rm, baik beli aset .. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaula bola astro bole tgk kat iphone kan best
gie holiday pun leh lyn premier league |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaula bola astro bole tgk kat iphone kan best
gie holiday pun leh lyn premier league |
|
|
|
|
|
|
|
bilalar nak dpat intenet fiber optic yg murah + laju gile kat malaysia ni............ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# muhammad123
Mula2 benda ni memanglah mahal sebab Service Provider kena invest duit yang banyak dalam projek nie (TM-HSBB dekat2 12 Billion). Bila ROI dia dah masuk sikit2 dia jadi murah mcm stimik.
Tapi tajuk dia i mengelirukan, IPTV tak perlu sampai 100Mbps, 8 Mps dah cukup. 100 Mbps tu gebang je lebih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|