CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 0

Switzerland henti keluarkan, sahkan sijil vaksinasi COVID-19 bawah sistem EU

[Copy link]
Post time 17-8-2023 02:58 PM | Show all posts |Read mode
  
Gambar fail - FOTO AFP

GENEVA: Mulai 1 September depan, Switzerland tidak akan lagi mengeluar dan mengesahkan sijil vaksinasi COVID-19 bawah sistem yang dilaksanakan Kesatuan Eropah (EU) pada Jun 2021, menurut Majlis Persekutuan Switzerland, lapor Sputnik.

"Sistem mengeluar dan mengesahkan sijil COVID-19 akan dihentikan pada akhir Ogos 2023. Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri persekutuan telah memaklumkan kepada Majlis Persekutuan dalam mesyuarat pada 16 Ogos 2023 bahawa ordinan sama tidak akan dilanjutkan," menurut Majlis berkenaan dalam satu kenyataan melalui laman sesawangnya.

Katanya, sijil vaksinasi COVID-19 yang dibangunkan bersama EU, telah dilancarkan di Switzerland pada Jun 2021 bertujuan menyediakan bukti vaksinasi yang boleh dipercayai dan diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

"Bagaimanapun, hanya beberapa negara masih memerlukan bukti vaksinasi, pemulihan atau ujian ketika kemasukan.

Sehubungan itu, EU pada 27 Jun 2023 memutuskan untuk tidak melanjutkan lagi rangka kerja undang-undang Sijil Digital COVID-19 (DCC) EU," menurut Majlis berkenaan.

Pihak berkuasa menjelaskan, keadaan epidemiologi yang stabil juga menyumbang kepada keputusan memansuhkan sijil vaksinasi, bagi memudahkan perjalanan. – BERNAMA-SPUTNIK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.534357 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list