View: 8496|Reply: 30
|
Mengejutkan! Rupanya Syafiq Kyle Dah Bernikah Sejak Tahun 2017!
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-Author at 24-8-2023 12:35 PM
PERNAH dikaitkan dengan pelakon Syafiq Kyle kerana dikatakan memiliki wajah seiras, seorang pemuda meraih perhatian luar biasa hingga menjadi kegilaan ramai gadis.
Tidak ketinggalan menaruh hati kepada 'kembar' selebriti itu ialah wanita bernama Aifa Nazirah, 22.
Namun kata orang kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana apabila Aifa akhirnya berjaya menambat hati jejaka viral bernama Zukhairi Zulkifli, 24, itu.
Aifa mengimbas kisah perkenalan mereka sebelum melangsungkan perkahwinan pada 29 April lalu.
"Suami saya ni pernah viral dulu sebab wajahnya dikatakan sama macam Syafiq Kyle. Orang panggil dia Syafiq Kyle Cabang Tiga disebabkan dia kerja dekat stesen minyak Shell di Terengganu.
"Saya mengenali suami masa bulan Ramadan 2017 sewaktu balik dari bazar. Masa tu motosikal saya kehabisan minyak. Saya pun buntu nak isi minyak dekat mana sebab semua stesen tutup kerana dah dekat waktu berbuka puasa.
"Secara kebetulan saya bertembung dengan Zukhairi dekat tengah jalan. Dia tegur dan tawar diri buka semula stesen untuk saya isi minyak walaupun belum habis lagi waktu berbuka," imbasnya.
Bermula daripada bibit pertemuan kali pertama itulah membuatkan Aifa jatuh hati terhadap Zukhairi sebelum dia dikenali ramai.
Ujar Aifa yang berasal dari Manir, Terengganu, suaminya pernah bertemu Syafiq Kyle menerusi satu segmen sebuah stesen radio.
"Lepas kisah suami saya tular tu, ada yang ajak dia keluar dating. Ada juga yang sampai ajak dia berkahwin.
"Saya faham semua tu sebab saya sendiri pun minat Syafiq juga sejak dia datang Terengganu masa tahun 2016. Masa tu ada event dekat sini dia promosikan filem Langsuir.
"Malah dulu suami saya pernah ditawarkan berlakon tapi dia terpaksa menolak sebab alasan tertentu," ujarnya lagi.
Cerita Aifa lagi, masih segar dalam ingtannya tentang reaksi orang ramai terutamanya wanita terhadap Zukahiri hingga ramai yang menyerbu ke tempat kerja pemuda idamannya untuk bergambar.
Memikirkan peluangnya semakin tipis untuk mendekati Zukahiri, Aifa yang merupakan anak jati Terengganu membatalkan niat dengan mendiamkan diri tanpa berusaha mendekati Zukahiri.
"Saya bawa diri sebab dah malas nak 'kejar' dia. Ramai sangat wanita yang mendekati dia pada ketika itu. Tapi tak lama lepas tu dia hantar mesej dekat Instagram tanya kenapa lama menghilang.
"Selepas itu kami pun berbual semula dan hubungan kami menjadi semakin rapat sampailah tahun 2019 dia jadi kekasih saya. Sepanjang kami bercinta tu, saya dan dia pernah alami kemalangan sama-sama.
"Syukur dan gembira sangat akhirnya saya dapat berkahwin dengan crush pada tahun ini," ujarnya.
Kisah Zukahiri yang dikaitkan mirip Syafiq Kyle kembali tular selepas Aifa berkongsi pengalamannya mengejar cinta lelaki idaman di TikTok.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka video tersebut menjadi tular lagi setelah dikongsikan pada awal Ogos tahun ini.
"Masa saya kahwin tu, kawan-kawan terkejut tengok pengantin lelaki sebab mereka tak pernah jumpa. Mereka ingat Syafiq Kyle yang kahwin.
"Tapi sekarang ada lagi yang cakap sama walaupun suami dah berisi. Dia pun masih ada parut kesan jahitan di hidung disebabkan kami kemalangan dulu.
"Selepas sebulan berkahwin, saya hamil anak pertama kami tapi saya baru saja keguguran seminggu lalu. Saya anggap belum ada rezeki untuk kami berdua menimang cahaya mata lagi," ujarnya menutupi kisah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alaahai |
|
|
|
|
|
|
|
choiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
citssss...tertipu iols
doh bakpe dok tau starang ade org kg irah pelakong??? |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk begitu mengundang yer... hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah beria baca..last2 pelanduk 2 serupa yng kawen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sama langsung. Reputz cari ni patut dihumban 7 kaki ke bawah tanah |
|
|
|
|
|
|
|
sampah nyaaaa lahai cerita begini |
|
|
|
|
|
|
|
mangkuk x sama langsung..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe
Tt tukar gambar kah?
Gambar 1st kat gym tadi tu, actually SK atau pengantin, eh?
Tunjuk jari tengah...
Dalam hati dah berkata, apa laaa TT ni... letaklah pic elok sikit... ni letak pic macam saja nak mengundang hencapan... |
|
|
|
|
|
|
|
tampo kangggg haaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tt bodoh bukak benang camne |
|
|
|
|
|
|
|
hallah...hallaaaaaaaaahhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|