CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6564|Reply: 47

[Tempatan] Keretapi Sarong 2023

[Copy link]
Post time 17-9-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Lebih 10,700 membanjiri Dataran Merdeka bagi menjayakan program Keretapi Sarong 2023 (KS2023) bersempena sambutan Hari Malaysia 2023, hari ini.

Bertemakan 'Memperkasa Semangat Perpaduan Menerusi Kepelbagaian Etnik Rakyat Malaysia,' acara yang memasuki tahun ketujuh penganjuran itu bertujuan untuk menjadi platform mempromosikan perpaduan Malaysia dalam semangat masyarakat majmuk dalam meraikan Hari Malaysia pada setiap tahun.

Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, tema Etnik dipilih tahun ini kerana rakyat Malaysia menghargai perbezaan dan berbangga dengan identiti kebersamaan.

"Acara ini bukan hanya sambutan meraikan akar budaya kita tetapi juga bukti kekuatan dan perpaduan kita bersama. Sama ada anda merayakan warisan Melayu, Cina, India, atau pribumi, biarkan pakaian etnik atau Sarong anda menjadi representasi akar budaya dan perpaduan dalam kepelbagaian.

"Seiring dengan sambutan tahun ketujuh berturut-turut dan semangat kebangsaan konsep Malaysia Madani yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, tema ikonik dan unik ini diharapkan akan terus memangkin usaha semua pihak untuk terus mempromosikan budaya penyatuan yang dibawakan oleh acara Keretapi Sarong ini.

"Kami teguh percaya bahawa mengetengahkan tema etnik di tengah-tengah perpaduan Malaysia adalah bukti kekayaan budaya negara ini dan komitmennya untuk meraikan kepelbagaian dengan semangat harmoni yang lebih utuh lagi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, dia menganggarkan 30 peratus yang hadir memakai pakaian tradisional Sarong dan etnik daripada pelbagai suku Sabah dan Sarawak.

Lebih membanggakan, program anjuran LOCCO iaitu organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017 itu berlangsung serentak di lima bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Kota Bharu (LaRocka Park, Tunjong Kota Bharu, Kelantan), Ipoh (KTMB Ipoh), dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station sebagai destinasi akhir).

Sambutan unik dan bertenaga dapat dilihat di pelbagai bandar dan stesen seperti Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT), menjanjikan hari yang penuh dengan budaya, perpaduan, dan keseronokan.

Antara aktiviti menarik lain yang tersedia sepanjang KS2023 adalah Kuih Piknik X Keretapi Sarong (oleh Media Prima Berhad), Sejarah Sarong, Sarong Serantau, Segar Sarong dan Stail Sekarang.

Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KS2023 tahun ini turut mendapat sokongan Rakan Kerjasama Utama, Rapid KL.

Cnp harian metro

Lagi ramai dari himpunan selamatkan malaysia. Syabas anak2 muda. Kita cinta Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2023 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 i pi join event ni tp yg bwh anjuran astro sempena nak promote cite Grmencheh Boys.. collab dgn Keretapi Sarong under mrt/lrt.. dpt rm100 upah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2023 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
nurkasih74 replied at 17-9-2023 08:47 AM
Anak2 i pi join event ni tp yg bwh anjuran astro sempena nak promote cite Grmencheh Boys.. collab dg ...

Ada tengok tiktok awani mereka dok menari2 promote cerita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun lepas banyak ponen ponen yang join...nampak kebotteman diorg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 17-9-2023 08:51 AM
Tahun lepas banyak ponen ponen yang join...nampak kebotteman diorg

Mula2 buat dulu, time tak berapa ramai yg join, mmg menyerlah penyertaan geng2 tu. Tp bila dah ramai pakat ikut, dah tak berapa nak nampak dah. Ataupun depa pi join himpunan depan sogo tu kot ????
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa maksud keretapi sarong? Adakah maksudnya orang ramai beratur rapat rapat sehingga  area kemaluan peserta bergesel dengan bontot  orang depan?  Tau sajelah idea drpd Bang Non, kan? Sedikit sebanyak elemen gay tu mesti ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 17-9-2023 09:02 AM
Apa maksud keretapi sarong? Adakah maksudnya orang ramai beratur rapat rapat sehingga  area kemaluan ...


Dah lama wujud bahkan di zaman Ismail Sabri...ko ni tertinggal keretapi
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 17-9-2023 09:05 AM
Dah lama wujud bahkan di zaman Ismail Sabri...ko ni tertinggal keretapi

Uishh patut la  program maksiat camni diteruskan ... Penyamun UMNO combine dengan Peliwat PH kali ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2023 09:21 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 17-9-2023 09:02 AM
Apa maksud keretapi sarong? Adakah maksudnya orang ramai beratur rapat rapat sehingga  area kemaluan ...



tak pelik bekas banduan sodomi , lepas tu konsrt artis mesra lgbt. bulan 11 ni mereka buat demo lg. liberal is real , lgbt is part of it.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2023 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 17-9-2023 09:02 AM
Apa maksud keretapi sarong? Adakah maksudnya orang ramai beratur rapat rapat sehingga  area kemaluan ...

Itu saja la yg hg nampak. Yg hg x pernah nak nampak ialah semangat anak2 muda bangun pagi bersiap naik mrt & berjalan ke dataran merdeka sambil berpakaian tradisional kaum masing2 tanpa dibayar.

Btw, himpunan selamatkan malaysia anjuran PAS tu tak berlaga bontot ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 17-9-2023 09:12 AM
Uishh patut la  program maksiat camni diteruskan ... Penyamun UMNO combine dengan Peliwat PH kali  ...

Macam PAS kau tak pernah sekatil berzina dgn UMNO zaman Ismail Sabri.

Ingat sikit ye PAS tu pelacur politik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 17-9-2023 09:02 AM
Apa maksud keretapi sarong? Adakah maksudnya orang ramai beratur rapat rapat sehingga  area kemaluan ...

Orang lain pn cakna pasal politik jugak tp xda membawa smpai komen bodoh mcm ni.

Banyakkn membaca hal semasa byk topik n baca la-quran bg tenang jiwa so xda lh merempan x tentu hala, cmni ke nk jd contoh yg baik?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 17-9-2023 09:23 AM
Itu saja la yg hg nampak. Yg hg x pernah nak nampak ialah semangat anak2 muda bangun pagi bersiap  ...

Diaa pnya ketinggalan info tu smpai kaitkan dgn politik bang non apa sume, padahal event ni dh bertahun kot… segala lapisan masyarakat duk enjoy ramai2 xda isu apa pn..

Kesian betul spesis taksub politik smpai benak gini
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya komen sekor tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
"kakak,abang Malezia...saiya suda lama la pakai sarong sama long sleeve putih...u worang tinggal ketapi ka???"-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 10:10 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 17-9-2023 09:05 AM
Dah lama wujud bahkan di zaman Ismail Sabri...ko ni tertinggal keretapi

Dia yang gayah botton otak penuh najis sbb tu tak tahu apa-apa. Kalau baca artikel dah sebut dah sedari 2017 lgi dah buat bende ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2023 10:11 AM | Show all posts
Penampakan cikgu BM aku dah tua pun ada ya, bertanjak bagai, gigih!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 17-9-2023 10:13 AM
KBW2 replied at 17-9-2023 10:10 AM
Dia yang gayah botton otak penuh najis sbb tu tak tahu apa-apa. Kalau baca artikel dah sebut dah s ...


kemana arah/tujuan benda ni sebenarnya...???(sekadar ingin memahami arah tujuan,matlamatnya).
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak hentam UMNO dan PH.

Orang semua tahu background PAS tu camne?

Ingat orang bodoh ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2023 11:21 AM | Show all posts
Skuau replied at 17-9-2023 10:12 AM
kemana arah/tujuan benda ni sebenarnya...???(sekadar ingin memahami arah tujuan,matlamatnya).

Sebenarnya keretapi sarong ni start dari tahun 2012 lagi under Random Alphabet. Tapi time tu sekadar flashmob keluar jalan2 sambil pakai kain. Tahun 2013-2014 depa buat no pants subway. Naik mrt lrt pakai sarong. 2015-2016 tak dak. Then 2017 baru depa buat balik. Kali ni depa ubah tarikh ke 16 September sempena hari Malaysia. Sebelum ni dok buat bulan Februari. Penganjur pun bertukar kepada LOCCO & Kementerian Pelancongan pun join jugak bagi kerjasama. Matlamat depa nak mempamerkan keunikan Malaysia & galakkan penggunaan kenderaan awam.
Cara dia, pada 16 September bersamaan Hari Malaysia, orang ramai akan berkumpul di stesen yang ditetapkan oleh penganjur dengan memakai sarung & pakaian tradisional untuk ke satu "Lokasi Rahsia". Lokasi ni dibagitau kat stesen tersebut sahaja. Lokasi tahun ni dataran merdeka. So kat lokasi ni diadakan banyak acara2 traditional mcm tarian, permainan dulu2 dll.


Sebelum2 ni tertumpu kat KL sahaja. Tapi tahun ni dah merebak sampai ke tempat lain jugak.     

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058661 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list