View: 4513|Reply: 16
|
Abang Askar Menangis, Hampir Rebah Lihat Potret Arwah Ibu
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Pennguna media sosial sebak selepas melihat video tular memparkan tindakan sebuah keluarga menghadiahkan bingkai gambar memaparkan potret ibu mereka kepada seorang tentera yang tamat latihan perajurit muda.
Difahamkan hanya bapa serta adik-beradik sahaja yang dapat hadir pada majlis tamat latihan itu berikutan ibu mereka sudah meninggal dunia.
Tentera tersebut dilihat tidak mampu menahan kesedihannya sebaik sahaja membuka bungkusan berisi bingkai gambar tersebut sebelum ditenangkan oleh anggota keluarganya yang lain.
“Semua adik-beradik, ipar yang saksi video ini tak sangka semua menangis. Termasuk abah, seumur hidup 32 tahun tak pernah nampak abah menangis,” tulis kapsyen pada video tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa sebak selain mengucapkan tahniah kerana berjaya menamatkan latihan.
“Kuat mana pun seorang lelaki, tapi kalau bab mak akan tewas juga,” kata Sulaiman.
“Segagah dan sekuat mana pun bila pasal ibu kita akan lemah kerana dialah segalanya di dunia ini. Semoga tabah dan terus berjuang untuk ibu dan keluarga serta negara” kata Eddy.
“Kalau arwah mak dia ada pasti dia bangga,moga Hidayat teruskan semangat hingga pencen,alfatihah untuk arwah emak kamu,” kata Ijat. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Be a good and proud boy to your arwah mak. |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak. Sedih lak. Arwah mak dia meninggal masa dia tgh training ke? Cantik arwah mak dia.
Elok2 la Dayat. Hg jadi la manusia berguna.
Jgn belasah org.
Jgn pau org.
Buat la kerja dgn telus.
Biar la mati dalam kejujuran drpd mati dalam penghinaan.
Semoga mendapat kejayaan dunia dan akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak patut sebenarnya bagi frame gambar mak yang mana buat lagi sedih dan hiba je. Nasib tak pitam kesedihan. Benda dah lepas Dahla..yang hidup kena teruskan. Takyah dikenang2 cmtu..hari bahagia dia patut semua happy2 je. Aku tak setuju cara cmni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kaka silap2 pengsan
Memang urusan family xboleh ye keluar dari kem? Curious. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap: Kalau kaka silap2 pengsanMemang urusan family xboleh ye keluar dari kem? Curious.
kalau kematian boleh… rasanya maybe dia tak sempat jumpa arwah mak dia sebelum mak dia meninggal…
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu ja nak cakap. Bingai!
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju sangat2 . saje nak suh budak tu sedih dah kenapa ? pastu ambik video upload social media ...Apa motif ????? . Kuarga dia je sedih sebab kematian ? org lain x sedih ??? apa la pangai tak matang2 semua benda nak upload seantero dunia tengok adik dia nangis ...
|
|
|
|
|
|
|
|
bnde cmni nak naikkan rating je ni...
bodowww |
|
|
|
|
|
|
|
kesian adik dia sepatutnya dah tamat pengajian bagi la kegembiraan pada adik utk raikan kejayaan dia...ni bagi potret maka sedih la dia...saje je nk bagi adik sedih tu kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
demi content..
semoga jadi askar yang berguna..
jangan ikut perangai miang mat terap..
go malbat.. tiber |
|
|
|
|
|
|
|
why are you recording this n uploading this? this is supposed to be a private moment. nowadays, people just dont know how to be private. |
|
|
|
|
|
|
|
yup it's harder than people think n many don’t seem to understands its heartbreaking and traumatizing
RiP |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 27-9-2023 11:39 AM
Satu ja nak cakap. Bingai!
Setuju.
Amende la. |
|
|
|
|
|
|
|
Turut bersimpati
Nak nanges & rakam itu hak mereka
Tapi tak perlulah share di socmed for all to see
Now dah viral, intel negara lain terutama China dah tahu antara kelemahan tentera kita ialah bila ditunjuk gambar arwah ibu mereka
This might sound stupid to some but believe me, ada tentera disesetengah negara dilarang keras dari tayang kesedihan di socmed kerena itu menandakan kelemahan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|