CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4955|Reply: 65

Tahun Depan Masih Baju Sukan Atau Seragam Sekolah Seperti Biasa?- Ibu Bapa Minta KPM Jawab Segera

[Copy link]
Post time 27-9-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA –Sesi persekolahan 2024/2025 yang dijadualkan bermula Mac tahun depan membuatkan bu bapa mula bertanya mengenai ketetapan dan garis panduan berhubung pemakaian semula pakaian seragam sekolah.


Kosmo melaporkan, ramai mahukan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut secepat mungkin bagi membolehkan mereka membuat persiapan sewajarnya.


Foto: kosmo




“Tahun depan macam mana? Masih baju sukan atau seragam sekolah seperti biasa? Belum ada makluman daripada KPM sehingga sekarang, kami ibu bapa perlukan jawapan segera untuk buat persediaan dan keperluan kewangan,” soal kebanyakan ibu bapa menerusi hantaran di media sosial mereka.


Antara alasan lain yang mendesak ibu bapa untuk menyuarakan persoalan tersebut adalah tarikh-tarikh penting seperti pembukaan sesi persekolahan baharu, ketibaan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah hampir kurang daripada dua bulan.


Sehubungan itu, sebahagian besar ibu bapa berharap agar KPM masih melonggarkan syarat pemakaian ke sekolah dengan membenarkan pelajar memakai baju sukan sepanjang tempoh persekolah tahun depan.


“Kalau dapat terus beri kelonggaran pakai baju sukan adalah lebih baik. Lepas buka sekolah, dah puasa selang sebulan dah raya. Pastinya kami ibu bapa banyak pakai duit untuk beli keperluan sepatutnya untuk kedatangan tiga sambutan penting itu.


“Harap KPM dapat memahami dan mempertimbangkan usulan ibu bapa golongan B40 seperti saya ini,” luah Kamsiah di Facebooknya semalam.


Sementara itu, seorang guru, Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli turut meminta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mengumumkan perkara tersebut dalam masa terdekat seperti mana dituntut oleh rakyat.


“Tahun depan macam mana YBM (Yang Berhormat Menteri) Fadhlina Sidek ya? Masih bebas seperti tahun ni atau uniform macam biasa?


“Kena umum cepat kerana rakyat perlu merancang perbelanjaan keluarga mereka.


“Kalian sokong pemakaian baju sukan diteruskan atau kembali macam biasa? Atau ada cadangan lain?,” tulisnya dalam hantaran di Facebook malam tadi.


Terdahulu, Fadhlina memberitahu pelajar masih terus dibenarkan memakai baju sukan ke sekolah walaupun keadaan cuaca pada masa ini semakin baik.


Jelasnya, kementerian belum membuat ketetapan atau garis masa berhubung pemakaian semula pakaian seragam sekolah. – CARI


Sumber: kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri Kasut Hitam tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg mnyusahkan mak baoak jer kpm nih...ko last minute bgtau..bila kami dh beli uniform beberpaa helai ko decude xnk pki..kalo nk pki bj pj, ckp jerlah awal2 mcm tuh, aku belilah bj pj tuh 2...bongok

Blum ckp pasal penilain dlm kelas..bongoj jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 12:14 PM | Show all posts
ttg baju pun belum ada keputusan tetap eh?

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai la baju seragam. Apa ntah susah sangat pakai baju seragam. Semua nak senang. Semua nak mudah. Silibus pun kalau boleh nak yang paling senang level sifir 1 supaya anak boleh score senang score mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 12:21 PM | Show all posts
beli la baju sekolah buat pakai raya. t shirt boleh buat baju sukan. kate b40.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Buatlah keputusan win win situation..

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 12:35 PM | Show all posts
apa yg menggelupur sangat kata beli baju 5 pasang tak pakai..
sekarang ni DIBOLEHKAN je pakai baju sukan..
kau nak pakai baju uniform.. silakan.. takde masalah pon..

anak aku pakai uniform hari isnin.. hari lain memang pakai baju sukan je.. takde masalah pon..
kalau tetiba baju sukan tak cukup.. pakai ajela baju sekolah.
arahan kata bole pakai baju sukan.. bukan wajib pakai baju sukan. itu pon takleh beza ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Please la tahun depan start la pakai uniform..ank aii darjah1 tu merasa pakai uniform sekolah 3minggu jaa..lepas tu sampai skg ni pakai baju sukan..nasib baik la baju sukan sekolah dia mmg kena beli 2 set..1baju ikut warna rumah sukan..1lg t-shirt sekolah..dah tu uniform sekolah dia 3pasang tu nak buat apa tuahari ada tanya cikgu katanya September dah boleh start pakai uniform tapi bila aii suruh ank aii pakai uniform katanya kawan2 semua pakai baju sukan.mana maunya dia sorg ja yg pakai uniform
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum bertshirt iols baru jah belikan uniform sekolah anak .. sempat pakai 2 x udah ketat singkat seluarnya try baru ni.. fengsan
Tadi tgk t-shirt budak scout smart betul
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 12:42 PM | Show all posts
pakai je la baju sukan
anak2 la ni lasak...tah mn baju putih anak aku taruk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 12:51 PM | Show all posts
talapia replied at 27-9-2023 12:35 PM
apa yg menggelupur sangat kata beli baju 5 pasang tak pakai..
sekarang ni DIBOLEHKAN je pakai baju s ...

Yee..hr Isnin aku dah start suruh anak pakai uniform..hari Selasa-Jumaat lenjan lah pakai tshirt..
yg menggelupur ape pasal ntah masing2..

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiman tak kesahh..

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-9-2023 12:16 PM
Pakai la baju seragam. Apa ntah susah sangat pakai baju seragam. Semua nak senang. Semua nak mudah.  ...

Tapi bagus gak kalau kpm bgtaw awal. Skrg ni anak meols pakai uniform 1 kali smgu je. Beli uniform 2 pasang.

Tapi psal silibus tu kan..hari tu dlm fb ada la pcik ni tunjuk kertas soalam SPM Sains tahun 1992. Ada 1 soalan tu sebijik dgn soalan Sains tahun 4 (rantaian makanan/ pengeluar/pengguna). Kalau mak pak bekas bohjan dan bohsia mmg mengharapkan soalan sifir 1 je la sampai form 5..hahaha cikgu padli suka la mak pak komplen ada modal buat konten siap link sopee jual sambal (produk syukor beger)
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 27-9-2023 12:57 PM
Aiman tak kesahh..

Aiman tak kisah

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
pakai je baju sukan senang, tp tlg bgtao awal2. ye iolls nk mudah n selesa utk anak2. mudah utk iolls jua hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
baju seragam lama tak boleh pakai dah ke? pakai kejap jer kan? pakai jerla tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak-anak pemalas berasal daripada mak-bapak pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 04:01 PM | Show all posts
skang ni haritu start pakai baju pj sbb cuaca panas. bukan saja2 kpm bagi. nijam dah tak cuaca panas pakai la balik uniform. apa masalah nya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.145736 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list