CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2876|Reply: 0

TFC ikat Bali United saat akhir

[Copy link]
Post time 5-10-2023 09:00 AM | Show all posts |Read mode
TFC ikat Bali United saat akhir



SYAHMI muncul penyelamat TFC.


Kuala Lumpur: Pemain gantian Syahmi Zamri muncul wira Terengganu FC apabila jaringannya pada 10 minit terakhir memastikan wakil negara itu mengikat Bali United 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan G Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, di Bali, Indonesia sebentar tadi.

Keputusan itu nyata cukup berharga dan meneruskan momentum baik selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Central Coast Mariners dari Australia, sekali gus mengekalkan rekod bersih dalam kempen kali ini.

Begitupun, ia keputusan cukup menghampakan buat Bali United bimbingan Stefano Cugurra yang gagal mengekalkan kelebihan gol.

Dalam aksi itu, pengendali skuad Penyu Tomislav Steinbruckner membuat beberapa pertukaran termasuk menyenaraikan Adisak Kraison dan Argzim Redzovic dalam kesebelasan utama yang tidak beraksi pada aksi pertama sebelum ini.

Sebaliknya penjaring terbanyak pasukan Ivan Mamut tidak disenaraikan dan kehilangannya tampak 'canggung' di bahagian depan apabila Adisak dilihat kurang menyengat.

Gerakan paling berbahaya dari Terengganu hanya hadir di minit 41 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti Nurillo Tukhtasinov namun sempat ditepis Adilson Maringa.

Nor Hakim Hassan turut memiliki peluang tetapi percubaannya di hujung permainan babak pertama mudah dihalang Maringa untuk mengakhiri aksi tanpa jaringan.

Bali United menampilkan 'watak' cukup berbeza di separuh masa kedua dengan meningkatkan intensiti untuk menekan kubu pelawat.

Akhirnya kubu Terengganu bocor pada minit ke-54 apabila Privat Mbarga menghukum kealpaan pertahanan selepas menyambut sepakan penjuru.

Steinbruckner segera membawa masuk Syahmi Zamri dan mengeluarkan Adisak bagi menambah sengat.

Percaturan itu membuahkan hasil apabila tonggak berusia 23 tahun itu mudah menolak masuk selepas menerima tandukan Nor Hakim Hassan yang menyambut sepakan sudut Sony Norde.

Walaupun pelawat mencuba memburu gol kemenangan, namun kekebalan benteng tuan rumah menyaksikan Terengganu pulang ke tanah air dengan satu mata.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-united-saat-akhir

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061584 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list