CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1706|Reply: 0

[Selangor] Rusa, kuda, kerbau Taman Botani Negara untuk dijual

[Copy link]
Post time 5-10-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

RUSA antara haiwan yang akan dijual oleh Taman Botani Negara, Shah Alam (TBNSA). FOTO Arkib NSTP

Shah Alam: Rusa Timorensis, kuda Sembawa, antara haiwan yang akan dijual oleh Taman Botani Negara, Shah Alam (TBNSA) bermula esok sehingga Rabu minggu depan.

Pengarahnya, Siti Zubaidah Mohamad berkata, TBNSA melaksanakan jualan itu bagi tujuan pelupusan haiwan membabitkan 41 rusa Timorensis, enam kuda Sembawa, seekor kerbau, 13 itik serati serta 18 arnab.

"Haiwan akan dijual tertakluk kepada harga jualan. Pembeli yang berminat hendaklah menjelaskan bayaran penuh pada hari pembelian haiwan.

"Haiwan hendaklah diambil pada hari pembelian (setelah pembayaran penuh dijelaskan).

"Pembayaran harga hendaklah dalam bentuk Tunai / Draf Bank sahaja atas nama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

"Pembelian tanpa pembayaran tidak akan dipertimbangkan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi TBNSA.

Siti Zubaibah berkata, semua haiwan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).

"Semua perbelanjaan berkaitan pembelian haiwan seperti kos mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

"TBNSA tidak akan bertanggungjawab ke atas haiwan yang sudah dijual," katanya.

Justeru itu katanya, syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli haiwan berkenaan dipelawa berbuat demikian dengan menghubungi pihaknya untuk janji temu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... negara-untuk-dijual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054056 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list